Semenjak kejayaan penciptaan kapal terbang pada 1903, terdapat banyak kes kemalangan pesawat yang telah dilaporkan. Kejadian tersebut telah meragut beratus nyawa dan juga mengubah sepenuhnya sistem penerbangan.

Di sini kami senaraikan 5 tragedi pesawat yang paling tragik dalam sejarah:

5.Pesawat Airbus 320 Germanwings 9525 (Pergunungan Perancis)

k1

Pada 24 Mac 2015, Pesawat Germanwings 925 dilaporkan terjunam ke kawasan Pergunungan Perancis dan meragut nyawa 150 orang penumpang. Setelah memeriksa rakaman dari kotak hitam pesawat tersebut mendapati bahawa tragedi itu adalah disengajakan.

Pembantu pilot  pesawat tersebut, Andreas Lubitz yang mencuba membunuh diri dilaporkan telah mengunci kapten kapal luar dari kokpit dan kemudiannya menjunamkan pesawat tersebut.

4. US Air Flight 427 (Pittsburgh)

k2

Pada 8 September 1994, US Air Flight 427 dilaporkan berpusing sebelum terjatuh 5000 kaki ke tanah ketika mahu mendarat. Kesemua 132 orang di dalam pesawat mati di tempat kejadian.

Selepas 5 tahun siasatan, NTBS menyimpulkan bahawa injap pada bahagian kemudi telah tersekat menyebabkan pesawat tersebut hilang kawalan.

Disebabkan kejadian ini, Boeing telah membelanjakan $500 juta untuk membaikpulih 2800 pesawatnya. Kongres juga telah memperkenalkan Aviation Disaster Family Assistance Act disebabkan oleh konflik antara keluarga mangsa dan syarikat penerbangan tersebut.

3. The TWA Flight 2 dan United Airlines Flight 718 (Grand Canyon)

k3

Perlanggaran di Grand Canyon pada 1956 merupakan perlanggaran terbesar dan termahal dalam sejarah penerbangan. Kejadian ini berlaku pada 30 Jun 1956 pukul 10.30 pagi melibatkan pertembungan antara TWA Flight 2 dan United Airlines Flight 718.

Dilaporkan seramai 128 orang daripada kedua-dua pesawat tersebut mati ketika pelanggaran berlaku.

Kemalangan tersebut menyebabkan penubuhan Federal Aviation Agency untuk memantau keselamatan udara pada tahun 1958. Sistem kawalan trafik udara (ATC) juga dinaiktaraf sebanyak $250 juta dibiayai sepenuhnya.

Disebabkan pembaharuan ini, tiada kemalangan udara dilaporkan di US selama 47 tahun.

2. The TWA Flight 800 (Long Island)

k4

Pada 17 Julai 1996, pesawat milik syarikat penerbangan Perancis yang baru sahaja berlepas dari lapangan terbang JFK meletup secara tiba-tiba. 230 orang penumpang dan krew dilaporkan mati di tempat kejadian telah menimbulkan kontroversi.

NTSB memutuskan kejadian tersebut disebabkan oleh cubaan pengeboman pengganas dan peluru berpandu. Namun, siasatan lanjut mendapati bahawa asap pada sayap kapal terbang telah menyebabkan litar pintas.

Sejak dari itu, Boeing telah mewujudkan cara untuk mengurangkan potensi untuk meletup iaitu satu sistem yang memasukkan gas nitrogen pada tangki minyak.

Sistem itu telah dipasang pada setiap pesawat baru bermula tahun 2008.

1. The Aeromexico Flight 498 (Los Angeles)

k5

Sebaik sahaja Aeromexico Flight 498 menghampiri landasan untuk mendarat di lapangan terbang LAX pada 31 Ogos 1986, sebuah lagi pesawat kecil yang memuatkan 4 tempat duduk peribadi muncul pada arah laluannya.

Kedua-dua pesawat tersebut berlanggar dan jatuh ke perumahan berhampiran dan mengorbankan 82 nyawa – 15 dari kawasan perumahan tersebut dan 67 dari atas pesawat.

Sejak daripada itu, setiap syarikat penerbangan dikehendaki mempunyai sistem untuk mengelak kemalangan, TCAS II yang mampu mengenalpasti pesawat  lain yang berada dalam radar.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds