Mengambil contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang. Banyak yang boleh kita pelajari daripada tukang sapu dari wilayah Shenyang, China, ini. Kecekalan dan kemurnian hatinya telah mengejutkan ramai yang telah membaca tentang kisahnya.

pe1

Zhao Yongjiu mengambil dua pekerjaan membersih dalam satu hari. Setiap hari bekerja, Zhao akan meninggalkan rumahnya pada jam 4.30 pagi dan hanya akan pulang semula pada jam 9 malam. Berkat kegigihannya, dia memperoleh pendapatan sekitar RM 1 500 sebulan.

Walaupun gajinya rendah, Ianya tidak menghalang Zhao untuk memberikan sumbangan besar untuk membantu orang lain.

pe3

Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain: sejak 30 tahun yang lalu, ketekalan Zhao membolehkan dia untuk menderma sejumlah wang mencecah RM100,000 untuk membantu menyekolahkan 37 kanak-kanak miskin, lapor akhbar Beijing Youth Daily.

Untuk memastikan sebahagian besar daripada pendapatannya dapat disalurkan kepada kenak-kanak tersebut, Zhao telah menjual satu-satunya tempat kediamannya dan berpindah mendiami sebuah bilik kecil di kawasan bandar dengan sewaan RM390 sebulan. 

pe2

Bagi Zhao, ini ialah caranya untuk membalas kembali jasa orang ramai kepadanya.

Selepas kematian bapanya pada tahun 1976, Zhao dan ibunya jatuh ke lembah kemiskinan. Tetapi mereka berjaya mengharungi kesukaran yang dihadapi berkat daripada bantuan sahabat handai dan jiran tetangga.

Zhao berikrar untuk tidak melupakan jasa baik mereka dan menumpukan seluruh tenaga dan jiwa raganya untuk membantu insan-insan yang memerlukan.

Kisahnya telah menyentuh hati ramai dalam kalangan pembaca di sana. “Kalaulah lebih ramai insan seperti tukang sapu ini, tentunya keadaan dunia ini akan bertambah makmur,” tulis seorang pembaca.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds