Perkahwinan yang dibina dalam tempoh yang lama sudah semestinya meninggalkan memori-memori terindah untuk dikenang. Semua pahit manis yang dikongsikan akan kekal dalam ingatan sehingga nafas terakhir.

7 dekad bukanlah satu masa yang singkat bagi mana-mana pasangan suami isteri yang berkongsi hidup. Untuk melepaskan salah satu antara mereka pergi buat selama-lamanya adalah perkara yang paling sukar untuk dilakukan dan tiada siapa yang sanggup untuk melakukannya.

Kisah sepasang suami isteri ini menunjukkan betapa kasih dan sayangnya seorang suami terhadap isterinya pada detik-detik terakhir isterinya. Apa yang dilakukan membuat hari-hari terakhir isterinya tidak dilupakan. Laura, 93 tahun terpaksa dipindahkan ke sebuah hospital ditemani suaminya, Howard. Mereka dikatakan telah berkongsi hidup selama 73 tahun.

maxresdefault-4

Laura yang dimasukkan ke hospital telah bersedia untuk menghadapi hari-hari terakhirnya. Walaupun dia sudah berkerusi roda, Howard tetap setia berada di sampingnya.

Apa yang paling menyentuh hati apabila Howard menyanyikan lagu kegemaran mereka yang dipopularkan oleh Frank Sinatra bertajuk ‘You’ll Never know’. Mereka saling membalas kata cinta yang disaksikan oleh anak-anak dan cucu-cucu mereka. Walaupun sudah berumur kasih sayang antara mereka tidak pernah sedikit pun pudar antara satu sama lain.

Video di bawah menunjukkan bagaimana seorang suami yang menemani isterinya pada detik-detik terakhir isterinya. Sangat menyentuh hati!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds