Kisah guru ini yang berkongsi mengenai caranya mendidik pelajar dari kelas belakang manjadi tular selepas cikgu tersebut berkongsi di laman Twitter peribadinya.

Kisah tersebut diceritakan berlaku pada tahun 2014 di mana dia ditugaskan untuk mengajar kelas yang paling akhir. Lazimnya, pelajar kelas akhir terdiri daripada pelajar-pelajar yang malas dan mempunyai prestasi corot.

rotan2

rotan4

rotan7

rotan8

rotan6

Begitulah apa yang dihadapi oleh guru ini. Boleh dikatakan, semua pelajarnya perlu disuap. Namun, setelah mendapati cara itu tidak berkesan, guru itu memikirkan kaedah lain untuk mendidik anak muridnya.

rotan9

Kaedah merotan sering digunakan semasa zaman dahulu tetapi guru ini menukar sedikit di mana setiap kesalahan yang pelajarnya lakukan, dia akan menanggung akibatnya.

Ujarnya, “Yang buat kamu gagal bukan diri kamu tapi cikgu kamu yang cepat putus asa. Jadi layakkah saya yang kena rotan. Kalau guru kamu tak rajin…”

rotan10

rotan11

Tambah guru tersebut lagi, “..macam mana kamu nak jadikan dia contoh. Aku pun keluar, sampai bilik guru memang dah lebam nasib baik ada minyak angin.”

Tindakannya itu menyentuh hati pelajarnya sehingga ada yang menangis. Apa yang menggembirakannya adalah apabila pelajarnya mula berubah dan akhirnya berjaya mencapai target semua lulus untuk peperiksaan pertengahan tahun.

rotan12

rotan13

Sangat menginspirasikan. Betapa guru itu menjadi lilin membakar diri untuk melihat anak-anak muridnya berjaya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds