Pernahkah anda melihat kejadian di ikan melompat? Bukan berenang tetapi melompat. Terdapat pelbagai sebab yang mendorong ikan untuk melompat. Namun begitu, antara sebab utama adalah apabila mereka merasa terancam.

Terdapat sesetengah spesis yang menggunakan cara melompat untuk memburu makanan tetapi kebanyakkan yang lain bertindak sedemikian kerana mereka diburu.

Dalam bahagian awal video di bawah yang dirakam di Illinois menunjukkan ikan yang dipercayai kap Asia melompat keluar dari air kerana takutkan gelombang yang terhasil daripada kipas motorbot yang dinaiki.

bot 1

Kelihatan kanak-kanak lelaki dalam rakaman tersebut begitu seronok melihat kejadian unik tersebut sementara remaja lelaki itu menutup mukanya apabila ikan kap tersebut melompat begitu hampir dengan mukanya.

bot 2

Malah, terdapat juga ikan-ikan yang melompat masuk ke dek mereka dan cuba untuk keluar kembali.

Kejadian ikan melompat keluar dari air ini bukan sahaja berlaku di Illinois malah berlaku juga di tempat lain. Ia bukan sahaja menjadi sumber protein yang mudah tetapi turut menjadi tarikan pelancong asing.

Saksikan sendiri aksi-aksi menakjubkan alam ciptaan Tuhan ini!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds