Biasanya, jika ingin melukis kita memerlukan berus,cat, pensil, pewarna dan sebagainya. Tetapi, satu seni yang amat berbeza ditemui di Bandar Saigon, Vietnam.

sand2

Seni ini merupakan hasil daripada sebuah keluarga secara turun-temurun. Dengan menggunakan imej dan gelas, sebuah lukisan akan dibentuk dengan menggunakan pasir berwarna. Gelas ini mempunyai dua bahagian iaitu depan dan belakang. Seni yang rumit ini harus dilakukan dengan penuh tumpuan dan ketelitian untuk menghasilkan sebuah ‘lukisan pasir’ yang indah.

sand4

sand3

Untuk memulakan tugas ini, pertama sekali anda perlu melukiskan draf pada gelas tersebut menggunakan pen penanda.

sand5

sand6

Masukkan pasir-pasir halus ini ke dalam kaca tersebut mengikut susunan yang betul. Ketika ini, pasir ini perlulah dimasukkan dengan tepat dan teliti supaya tiada kesilapan berlaku. Pasir ini dimasukkan dengan menggunakan sudu teh sahaja. Hal ini demikian, saluran dalam kaca ini halus dan pasir yang ingin digunakan juga tidak banyak.

sand1

Apabila semua pasir sudah dimasukkan, sebatang lidi harus digunakan untuk menyusan pasir ini dengan susunan yang telah ditetapkan.Sebarang kesilapan perlu dielakkan kerana ini akan mendatangkan masalah yang lain dan merugikan masa.

sand8

Lukisan ajaib ini bukan sahaja menakjubkan tetapi unik dan kreatif. Seni halus ini memerlukan tumpuan, ketelitian, dan kemahiran 100% supaya sebuah seni yang mantap dapat dihasilkan.

sand9

sand11

sand12

sand13

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds