KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Najib Razak berkata kerajaan menerima sebanyak meluluskan sebanyak 5,153,238 permohonan yang akan menerima bayaran secara berperingkat mulai hari ini.

Menurut Najib lagi, sebanyak 3,123,950 permohonan yang belum diluluskan , kini dalam proses dan keputusan akan diumum pada bulan Mac.

16brim.transformed

“Dari segi peringkat umur, kumpulan tertinggi diluluskan adalah daripada golongan 21 hingga 30 tahun serta yang berumur 61 tahun dan ke atas. Sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1200, manakala 243,434 bagi bantuan RM900, dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450.” kata Najib menerusi blognya.

“Mengikut pecahan negeri, Selangor mencatatkan kelulusan tertinggi dengan 666,316 pemohon, disusuli Sabah dan Sarawak, masing-masing 477,482 dan 537,588 pemohon,” katanya menerusi entri di blog rasminya, NajibRazak.com.

“BR1M adalah bantuan ikhlas kerajaan kepada mereka yang memerlukan  dan diagihkan mengikut kelayakan serta kriteria ditetapkan berdasarkan pendapatan perseorangan atau seisi rumah. BR1M tidak mengira kaum, agama, mahupun pegangan parti politik,” katanya.

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 secara baucar akan dibuat mulai hari ini (18 Februari). Menurut kenyataan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, pembayaran secara terus ke akaun bank akan dibuat pada 22 Februari ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds