Sukan “wingsuit flying” bukanlah sukan rekreasi yang boleh dipandang remeh.“Ianya bukanlah sesuatu yang boleh dicuba-cuba. Ianya bukan sekadar sukan. Ianya ialah cara hidup yang berlainan,” jelas Ellen Brennan, penerjun “wingsuit flying” profesional.

fly6

fly4

Ellen ialah salah seorang penerjun bertaraf dunia sukan merbahaya ini yang bermula lebih kurang 20 tahun yang lalu. Sut khas yang dipakai para penerjun sukan ini bermula pada harga $2,500 (RM11,133.75) dan boleh menyelusuri udara pada kelajuan hampir 200 km/j!

fly5

Kadar kematian akibat sukan ini sangat tinggi. Dr. Omer Mei-Den, seorang professor pembantu Ortopedik di Universiti Colorado mendapati 72 peratus daripada penerjun sukan ini telah menyaksikan kematian atau kecederaan serius para penerjun lain. Dan 76 peratus pula hampir-hampir diragut kemalangan merbahaya.

fly3

Harus diingat juga, mereka yang menceburi sukan ini bukanlah daripada golongan amatur, mereka terdiri daripada penerjun profesional.

fly9

Antara yang terkorban di dalam kemalangan sukan ini ialah Mark Sutton. Mark ialah seorang bekas pegawai tentera yang pernah melakukan persembahan terjunan menggunakan payung terjun pada upacara pembukaan Olimpik di London pada tahun 2012. Dalam satu kemalangan sukan “wingsuit flying,” Mark terkorban di Chamonix, Perancis, tahun lalu.

Menonton pemandangan dari kaca mata penerjun ini memang seronok, ianya memberikan kita sudut pandangan yang berbeza daripada biasa. Tetapi kami berharap tiada penonton yang akan mencubanya sendiri selepas ini.

fly10

Selamat menonton!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds