Suatu ketika dahulu permainan kejar-kejar seringkali dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya mereka yang tinggal di kampung. Permainan tersebut mengimbas memori manis untuk dikenang apabila sudah menginjak dewasa. Sebuah video telah menunjukkan dua ekor kucing comel sedang bermain kejar-kejar di pembentung terowong.

kucing

Seekor antara mereka akan tunggu di hujung terowong dan seekor lagi akan mengejar. Kucing yang dikejar akan lari dan keluar melalui hujung terowong yang lagi satu. Kucing yang mengejar terus mengejar kawannya yang keluar dari hujung terowong tersebut dan sekali lagi kucing yang dikejar akan berlari masuk ke dalam terowong.

kucing1

Permainan antara mereka berterusan, mereka saling kejar mengejar dan memang bukan mudah untuk menangkap mereka yang dikejar!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds