Pelajaran yang berharga tidak hanya boleh diperolehi daripada manusia sahaja malah haiwan juga mampu memberikan sebuah pengajaran yang sangat berguna.

Video di bawah memaparkan bagaimana seekor anak itik yang berkongsi makanannya dengan ikan-ikan di kolam tersebut. Kejadian yang berlaku telah memperlihatkan bagaimana seekor anak itik mampu memberikan satu pengajaran yang berguna kepada manusia.

duck

Anak itik tersebut rela berkongsi makanannya dengan ikan-ikan yang berada di dalam kolam tersebut. Tidak ada rasa pentingkan diri sendiri, yang dia tahu hanyalah dia mahu berkongsi! Anak itik tersebut sanggup menggunakan paruhnya untuk mendapatkan makanan dan kemudiannya terus memberikan makanan tersebut kepada kawan-kawan ikannya di dalam kolam.

duck2

Anak itik ini sedar akan pentingnya keharmonian dan tahu mencipta keharmonian dengan alam sekitar, dengan makhluk lain di sekelilingnya. Menarik bukan?

Melalui seekor haiwan sekecil itu kita sebenarnya boleh mempelajari sesuatu yang berharga daripadanya. Nilai-nilai seperti tidak mementingkan diri, keharmonian dan menjalin hubungan baik dengan makhluk lain jelas terpancar melalui perbuatan itik kecil itu terhadap ikan-ikan yang terdapat di dalam kolam tersebut.

Jika haiwan sekecil itu mampu berbuat baik kepada makhluk lain, kenapa tidak kita?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds