“Hello internet!” sapa Daniel Gruchy dan Gavin Free. Mungkin ramai yang sudah mengenali dua orang lelaki ini yang mengenali diri mereka sebagai ‘The Slow Mo Guys.’

Kepada yang belum pernah terdengar tentang rancangan ini, ‘The Slow Mo Guys’ adalah sebuah siri web hiburan sains dan teknologi yang memenangi anugerah Streamy Award tahun lalu.

Anda boleh melawat laman YouTube mereka untuk melihat mereka memecahkan atau meletupkan pelbagai jenis objek kemudian memainkan semula rakaman tersebut dalam gerak perlahan.

Keupayaan penonton untuk melihat kejadian sesuatu letupan dengan lebih teliti merupakan antara daya penarik utama yang melonjakkan nama Daniel dan Gavin.

Pada video ini Daniel dan Gavin ‘meletupkan’ sebuah tembikai menggunakan gelang getah.

wm1

Selama lebih 20 minit mereka melililtkan gelang-gelang getah pada sebuah tembikai untuk menghasilkan tekanan tinggi pada jisim buah itu.

Apabila terlalu banyak tekanan dikenakan ke atas tembikai berkenaan, ianya mula pecah berderai melantunkan kepingan-kepingan kecil isinya.

wm2

watermelon3

Saksikan video menarik ini di sini, jangan lupa untuk kongsikan pendapat anda tentang video ini di laman Facebook kami, semoga terhibur!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds