Tidak semua kanak-kanak mendapat peluang untuk belajar. Walaupun setiap orang sebenarnya berhak untuk mendapatkan pendidikan, namun tidak semua orang bertuah mampu utuk mendapatkannya.

Di India misalnya, kanak-kanak sekitar umur 6-14 tahun diberikan pendidikan percuma untuk mereka menimba ilmu pengetahuan. Namun kadar mereka yang keciciran juga adalah tinggi. Hal ini kerana masalah kemiskinan yang dihadapi oleh rata-rata penduduk India.

Kemiskinan hidup akhirnya memaksa mereka meninggalkan detik-detik riang bergelar seorang pelajar untuk bekerja membantu keluarga.

Video di bawah menunjukkan seorang pelajar yang seringkali datang lewat ke sekolah. Hal ini telah mengundang kemarahan gurunya. Namun akhirnya….

Dihukum setiap hari kerana lewat ke sekolah bukanlah sesuatu yang indah untuk dikenang. Namun suka atau tidak, mahu atau tidak kejadian seperti ini terjadi kepada Fahah Magsusi setiap hari apabila dia lewat ke kelas. Setiap hari gurunya akan memukul tapak tangannya dengan pembaris kayu sebagai hukuman kerana lewat.

Kesakitan fizikal tiada apa-apa jika dibandingkan dengan derita emosi yang dialami apabila pelajar-pelajar lain melihat dan mentertawakannya.

guru2

Tetapi, apa yang berlaku pada suatu pagi telah mengubah semuanya. Secara tidak sengaja, gurunya telah terserempak dengan Fahah ketika dia sedang mengedarkan surat khabar ke rumah demi rumah dengan menunggang basikal buruknya.

Pada awalnya gurunya tidak tahu apa yang sedang dilakukan dan dia telah mengikuti Fahah. Akhirnya baru dia tahu mengapa Fahah seringkali lewat ke sekolah. Pelajarnya terpaksa bekerja sebelum ke sekolah.

guru3

Apa yang paling menyentuh hati apabila Fahah sekali lagi lewat ke kelas dan gurunya sedang mengajar pada ketika itu. Dia terus menghulurkan tangannya untuk dipukul sebagai hukuman kerana sekali lagi dia lewat ke kelas. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Gurunya terus memeluknya erat…

guru4

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds