Suhu tinggi musim panas seringkali memberi ketidakselesaan kepada individu-individu tertentu. Namun begitu, ada juga sebilangan besar yang masih menikmati masa sepanjang musim panas. Bagi yang tidak gemar akan cuaca yang panas, terutamanya ketika musim panas muncul persediaan akan dilakukan terlebih dahulu. Tidak salah bukan? Hal ini kerana suhu yang meningkat tanpa memiliki sistem iklim yang baik di rumah akan menyebabkan rumah terlalu panas.

Namun begitu, dilemma juga melanda apabila penghawa dingin yang sentiasa terpasang akan menyebabkan peningkatan bil elektrik di rumah. Justeru itu, terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan sepanjang musim panas untuk anda kekal selesa.

1.Besihkan penapis udara

airfilter

Sumber: densoautoparts.com

Penapis udara yang bersih akan menghasilkan udara dalam rumah yang bersih dan akan membuatkan rumah lebih selamat. Namun begitu, jika dengan pembersihan yang dilakukan itu tidak membantu, penapis udara tersebut perlu ditukar. Penapis udara yang bersih dapat  meningkatkan prestasi penyejukan apabila kurangnya halangan ke atas aliran udara. Tindakan ini dapat menjimatkan penggunaan elektrik sekaligus mengurangkan bil elektrik sepanjang musim panas.

2.Menutup tirai/langsir

langsir

Sumber: www.homedepot.com

Dengan menghalang cahaya matahari masuk ke rumah dengan menggunakan tirai atau langsir akan dapat mengelakkan rumah daripada kepanasan. Oleh itu, penggunaan tirai atau langsir merupakan antara langkah yang paling mudah yang boleh digunakan musim panas.

3.Bersihkan unit A/C

aircon

Sumber: www.ehomeservices.com.sg

Seperti penapis udara, rumpai dan kekotoran lain boleh menyebabkan unit A/C tersumbat dan menghalang aliran udara. Cara ini juga antara cara yang paling mudah untuk memastikan udara nyaman dapat terus dihasilkan oleh penghawa dingin. Anda tidak perlu memeriksa unit A/C sekerap penapis udara, dengan melakukan pemeriksaan sebelum dan pertengahan musim sudah memadai sebenarnya.

4.Penetapan termostat yang lebih tinggi

thermostat

Sumber: learn.compactappliance.com

Mungkin dengan menggunakan termostat, suhu di rumah tidak akan sejuk dengan begitu cepat tetapi kaedah itu masih boleh digunakan untuk menyejukkan udara dalam rumah. Tambahan lagi, kaedah ini juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Dengan cara ini, anda tidak akan melihat perbezaan yang besar antara 75 ° F dan 78 ° F tetapi ia akan memberi kesan kepada bil elektrik yang perlu dibayar!

5-6. Tidak menyejukkan bahagian rumah yang tidak digunakan

Bahagian rumah seperti bilik bawah tanah biasanya akan menjadi lebih sejuk justeru itu, jangan membazir tenaga untuk menyejukkan bahagian tersebut. Tutup ruang-ruang seperti itu dan anda akan mendapat udara nyaman yang lebih banyak seluruh rumah.

Selain itu, anda tidak perlu menyejukkan bilik-bilik lain yang tidak digunakan seperti bilik tetamu, garaj dan bilik yang menghadap ke utara. Kaedah ini boleh menyimpan sedikit tenaga serta lebih menumpukan kepada arah di mana udara sejuk diperlukan.

7.Tutup semua ruang udara

Dengan menutup ruang udara di rumah dapat meningkatkan sistem tekanan udara dan dapat mengurangkan proses penyejukan. Ruang udara tersebut hanya perlu dibersihkan, sama seperti penapis udara dan unit A/C.

8.Tidak masak hidangan yang terlalu berat

cook

Masak hanya ketika perlu pada tahap yang minimum. Durasi memasak yang lama akan menyebabkan rumah menjadi panas. Untuk mengelakkan hal seperti itu berlaku, adalah lebih baik jika anda memasak sesuatu yang mudah dan tidak memakan masa yang panjang atau anda boleh mencuba makanan yang segar atau mentah.

9.Jangan biarkan sistem A/C melakukan semua penyejukan

ceiling-fan-toutX

Sumber: www.perthelectricalservices.com.au

Dengan membuka tingkap pada awal pagi dan menggunakan kipas siling sepanjang hari sebenarnya dapat membantu sistem A/C. Tenaga untuk menghidupkan kipas siling yang digunakan adalah lebih rendah daripada tenaga untuk menggunakan sistem pendinginan. Kipas angin juga mampu membuat anda berasa lebih dingin.

10.Elak pekerjaan keras di luar

cool

Tips ini mungkin tidak akan menyejukkan rumah atau mengurangkan bil elektrik tetapi masih dapat membantu anda menghadapi musim panas. Dengan melakukan senaman dan pergerakan pada waktu pagi ketika udara masih sejuk di luar boleh membantu anda untuk kekal selesa semasa suhu panas tanpa memerlukan bantuan termostat.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular

Ad will display in 09 seconds