Kura-kura Duit Syiling Emas Cina atau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Chinese Gold Coin (Cuora trifasciata) merupakan salah satu spesis kura-kura yang boleh hidup di darat dan sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan. Ia juga merupakan spesis yang jarang ditemui. Warnanya yang terang dan coraknya yang kontra menjadikannya antara spesis kura-kura yang tercantik dan termahal di dunia.

Permintaan yang tinggi menyebabkan spesis ini sering dieksploitasi secara berlebihan lantas menyebabkan ia semakin berkurang melebihi sepatutnya.

Di Vietnam, mereka boleh menukarkan kura-kura jenis ini yang baru menetas dengan seekor kerbau dewasa. Begitu juga dengan di Tanah Besar China yang menjanjikan wang yang cukup untuk membina sebuah rumah jika mereka mampu menangkap dan menjual kura-kura Chinese Gold Coin yang dewasa.

Lihat sahaja video di bawah untuk melihat betapa cantiknya anak kura-kura spesis Chinese Gold Coin yang baru menetas ini. Betul-betul nampak seperti emas yang sedang berjalan!

tur1

tur2

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds