Takio Iwasaki (1895-1965) adalah pengasas kepada shokuhin sampuru, seni menghasilkan replika makanan yang sering dipamerkan  restoran-restoran di seluruh Jepun.

Sebab utama penghasilan replika-replika makanan ini ialah agar para peniaga restoran tidak perlu memasak setiap hidangan untuk dipamerkan setiap hari.

j2

Replika makanan pertama yang dihasilkan Iwasaki ialah telur dadar bersama sos tomato yang biasa dimasak isterinya.

Malah, isterinya sendiri tidak boleh membezakan yang mana replika, dan yang mana masakan yang benar apabila Iwasaki menunjukkan kedua-dua sajian tersebut.

Hari ini, pembuat sampuru menggunakan plastik, gelatin, lilin dan lain-lain bahan untuk menghasilkan replika yang kelihatan begitu realistik. Bagi mereka yang tidak boleh membaca tulisan Jepun pada menu, misalnya, model sampuru boleh membantu mereka memahami makanan yang bakal dipesan.

Di sini kami kumpulkan beberapa imej sanpuru yang menarik buat tatapan anda – ingat, kesemua makanan ini hanyalah replika dan tidak boleh dimakan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds