Tahukah anda pisang-pisang yang dibawa masuk ke dalam negara, berasal daripada mana? Salah satu negara pengeluar ialah di Iceland di dalam sebuah rumah hijau. Suhu purata hanyalah 27 °C dan 2500 milimeter hujan turun setahun. Namun, selepas sembilan bulan pertumbuhan pokok, dua tahun diperlukan untuk menunggu buah pisang ini masak disebabkan cahaya matahari yang rendah.

Sumber utama pisang eksport datang dari ladang di Amerika Latin. Sebagai pengeksport utama pisang, pelaburan secara besar-besaran dibuat ke atas teknologi dan infrastruktur bagi penanaman pisang, iklim dan cahaya matahari yang mencukupi di lokasi tersebut sangat sesuai untuk pertumbuhan pokok pisang.

Bagaimanakah aktiviti eksport buah pisang ini beroperasi?

pisang 1

Selepas proses penuaian hasil pisang dilakukan, sebuah kapal khas yang boleh beroperasi seperti peti sejuk akan membawa pisang-pisang ini untuk dieksport ke negara-negara Eropah. Perjalanan ini akan mengambil masa selama 10 hingga 12 hari sepanjang 4500 batu.

pisang 2

Setelah sampai, pisang ini akan dibawa masuk ke sebuah gudang dengan suhu 13.3 °C. Penjagaan yang amat rapi diperlukan supaya buah-buah pisang ini tidak akan rosak dan kekal segar.

Apabila sudah sampai ke destinasi, pisang-pisang ini akan dibawa ke sebuah bilik khas untuk menjaga kualitinya. Kemudian, barulah pisang-pisang ini akan dihantar ke kedai untuk dijual. Disebabkan kualiti dan penjagaan rapi, kita makan pun sedap dan menyelerakan!

pisang 3

Khas buat para pembaca, tonton video di bawah bagi melihat operasi penanaman pisang di Amerika Latin.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds