Julius Dein merupakan individu yang terkenal di media sosial. Beliau terkenal dengan melakukan pelbagai aksi silap mata terhadap teman wanitanya. Bukan itu sahaja, neneknya turut menjadi mangsa gurauannya.

Pelbagai aksi silap mata yang mengejutkan dan melucukan dilakukan kepada neneknya. Aksi silap mata sesuai untuk golongan muda, tetapi untuk golongan warga emas agak berbahaya sekiranya mereka terlampau terkejut. Sudah tentu, neneknya masih sihat dan cukup kenal dengan telatah cucunya ini.

Antara aksi yang dilakukannya ialah mencucuk pencungkil gigi ke dalam lidah, telefon bimbit terbakar, tangan tercabut dan pelbagai lagi aksi yang menghiburkan.

prank 1

Walaupun gurauan itu mungkin ada yang keterlaluan, tetapi cara ini mengeratkan lagi hubungan mereka dan mengukuhkan kasih sayang antara Julius dan neneknya. Di samping itu, jejaka berasal daripada London ini kerap melakukan aksi silap mata jalanan di beberapa kawasan sekitar London.

Ayuh lihat video di bawah dan anda boleh mencubanya bersama ibu bapa atau nenek anda. Tetapi pastikan dahulu mereka tiada masalah kesihatan jantung, kelak anda pula yang menyesal.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds