Dengan menggunakan pembersih vakum, si ayah pada video ini telah menemui cara unik untuk mengikat rambut anak perempuannya.

Muncung pembersih vakum tersebut dililit dengan getah rambut terlebih dahulu agar ianya boleh ditolak terus untuk mengikat rambut yang ditarik.

Hasilnya? Rambut gaya ekor kuda dihasilkan dengan cepat dan mudah.

Kanak-kanak perempuan ini dilihat begitu seronok apabila si ayah menggunakan kaedah ini untuk mengikat rambutnya.

hair2

Dan begitu juga si ayah yang dilihat sangat gembira apabila dia berupaya membantu anaknya.

Siapa sangka pembersih vakum boleh menguatkan jalinan mesra di antara anak dan ayah?

Pernahkah ayah anda mengikat rambut anda seperti ini dahulu? Kongsikan pengalaman anda di laman Facebook kami.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds