Negara bandar ini boleh dikatakan umpama ‘syurga’ di dunia ini. Sudah pastinya kemewahan ini hanya akan diperoleh dengan harga yang tinggi. Tetapi tahukah anda tentang fakta-fakta bandaraya mewah ini?

1. 99.1% Kadar pembasmian jenayah

No-CrimeIVSBW_webpage

Kadar jenayah di Dubai adalah sangat rendah sehingga ianya hampir kepada 0%. Sebab itulah bandar ini diiktiraf antara bandar yang paling selamat di dunia. Sehingga tahun 2016, kadar jenayah yang berjaya dibanteras dan diselesaikan adalah pada 99.1%. Sikap tegas mereka terhadap penjenayah dan hukuman berat yang dikenakan adalah di antara faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan mereka ini.

2. Pasukan polis menggunakan kenderaan-kenderaan mewah seperti Bentley, Lamborghini dan Ferrari

 du1

Antara sebab pasukan polis bandar ini menggunakan kenderaan-kenderaan mewah ini ialah ianya memudahkan pihak polis untuk mengejar dan menangkap penjenayah di sini. Selain itu, pasukan polis Dubai juga memerlukan kenderaan-kenderaan seperti ini untuk menangkap para pemandu yang memandu pada kelajuan yang merbahaya. Kematian akibat kemalangan jalan raya kerap dilaporkan di sini dengan purata satu kes kematian setiap 26 jam.

3. Menara tertinggi dan bangunan terbesar di dunia

 du2

Menara Burj Khalifa adalah menara yang tertinggi di dunia, pusat beli-belah Dubai Mall adalah pusat beli-belah terbesar di dunia, hotel JW Marriot Marquis adalah bangunan hotel tertinggi di dunia, dan Marina Dubai adalah marina buatan manusia kedua besar di dunia.

4. Rakyat Dubai dibayar 2 gram emas bagi setiap kilogram penurunan berat badan

du3

Dalam mereka menangani peningkatan masalah obesiti dalam kalangan penduduknya, pihak kerajaan Dubai telah menawarkan insentif menarik bagi mendorong penduduk-penduduk negara itu untuk mengurangkan berat badan masing-masing. Bagi setiap kilogram berat badan yang berjaya diturunkan, seseorang itu akan dibayar dengan 2 gram emas.

5. Sesetengah mesin ATM boleh dikeluarkan jongkong emas

du4

Di hotel Abu Dhabi’s Emirates Palace, sebuah mesin ATM yang mengeluarkan jongkong emas dipasang di lobi hotel mewah itu. Terdapat 320 item yang boleh dipilih pada mesin ATM tersebut dari jongkong emas, hinggalah kepada syiling emas yang disesuaikan mengikut citarasa pelanggan.

6. Ribuan kereta mewah diabaikan begitu sahaja

du6

Mungkin anda hanya boleh melihat kejadian ini di Dubai sahaja. Longgokan kereta mewah yang ditinggalkan ini adalah disebabkan ramai ekspatriat yang tergesa-gesa cuba melarikan diri dari disabitkan kesalahan menurut undang-undang melibatkan hutang yang sangat tegas di sana.

7. Pemesanan Pizza dengan menekan butang di magnet peti sejuk

du7

Magnet peti sejuk ini di namakan Magnet Peti Sejuk VIP dan di sambungkan kepada restoran Red Tomato Pizza di Dubai. Magnet tersebut yang disambungkan ke talian internet melalui sambungan Bluetooth pada telefon pintar pengguna telah dipasangkan khas untuk memesan pizza dalam talian. Kemudian, SMS pengesahan akan dihantar ke telefon pintar pelanggan untuk mengesahkan penghantaran.

8. Stesen bas mereka dilengkapi penghawa dingin

du8

Penghawa dingin ini telah dipasang sejak tahun 2006! Daripada 2700 stesen bas, 636 dilengkapi penghawa dingin. Jadi anda boleh menunggu bas dengan selesa pada suhu purata di sana yang mencecah 40°C.

9. Iklim di pantai juga dikawal

du9

Hotel Palazzo Versace di Dubai mempunyai kawasan pantai di mana iklim kawasan ini boleh dikawal agar pengunjung-pengunjung tidak akan terbaring di atas pasir yang panas. “Kami akan menyedut haba panas di pasir agar ianya cukup selesa bagi para pengunjung untuk berbaring di atasnya,” jelas Soheil Abedian, pengasas hotel berkenaan. “Inilah kemewahan yang dimahukan golongan atasan.”

10. Bandar berkeluasan 50 juta kaki persegi di dalam bangunan

du10

Di dalam bangunan ini segala jenis barangan atau perkhidmatan material boleh didapati. Dari 100 buah bangunan apartment dan hotel hinggalah kepada pelbagai perkhidmatan perubatan. Dari pusat beli belah yang luas hinggalah kepada taman tema dalam bangunan terbesar di dunia.

11. Nombor plat kenderaan boleh dijual sehingga RM62 juta!

du11

Sebagai simbol kemewahan status sosial, ramai jutawan di sini yang sanggup menghabiskan jutaan ringgit (atau riyal, atau dollar dll.) Nombor pendaftaran kenderaan yang paling dicari ialah yang mempunyai satu atau dua digit padanya. Malah, nombor plat kenderaan termahal di dunia dijual di sini pada harga RM63.3 juta.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 09 seconds