Ketika dia berusia sembilan tahun, Gabi Shull terjatuh sewaktu meluncur ais. Kecederaan di lututnya akibat daripada insiden itu sangat kritikal sehingga doktor terpaksa memotong kaki penari ballet itu.

Mungkin kecederaan yang dialami Gabi berikutan insiden itu tidaklah seteruk mana. Tetapi pada masa yang sama, Gabi telah disahkan menghidap sejenis kanser yang jarang ditemui yang dinamakan Osteosarcoma.

Maka bermulalah perjalanan pahit getir kehidupan Gabi yang terpaksa menjalani rawatan kemoterapi, pembedahan memotong kakinya dan menggunakan kaki prostetik.

Namun Gabi telah membuktikan kepada dunia bahawa pengalaman sukar yang dilaluinya tidak menghalangnya daripada terus menari.

Laporan ujian diagnostik Gabi mendapati dia menghidap kanser tulang. Jenis kanser yang menyerangnya ini telah merebak di dalam tulangnya dan membentuk satu gumpalan. Gumpalan tersebut terlalu besar untuk dibedah dan dikeluarkan.

Oleh sebab itu, Gabi terpaksa menjalani 12 rawatan kemoterapi yang menyeksakan untuk mengecilkan saiz tumor di badannya. Tetapi lututnya tidak dapat diselamatkan.

kaki2

Para doktor yang merawat Gabi pada masa itu kemudiannya menggunakan teknik rawatan inovatif yang dinamakan teknik “rotationplasty.” Teknik ini memperlihatkan buku lali Gabi dicantumkan semula ke badannya untuk menggantikan fungsi lututnya yang terpaksa dipotong.

kaki3

Setelah beberapa lama Gabi berlatih menyesuaikan diri dengan keadaan kakinya itu, dia kemudiannya beransur pulih dan dapat berjalan seperti biasa. Malah, tidak lama selepas itu, dia telah kembali melakukan aktiviti kegemarannya: menari tarian ballet.

kaki4

Menurut ibu Gabi, Debbie, keluarga mereka berdepan dengan situasi yang sukar sewaktu membuat keputusan sama ada untuk meneruskan rawatan Gabi atau tidak. Mereka terpaksa melihat dan menilai baik buruk proses rawatan yang akan dilakukan oleh doktor.

Akhirnya, “kebaikan pembedahan itu lebih besar daripada keburukannya,” kata Debbie.

Mungkin ramai yang akan berasa kurang selesa apabila melihat kaki prostetik Gabi boleh dikeluarkan dan dipasang semula. Tetapi hanya ini sahajalah caranya Gabi boleh menjalani hidupnya dengan normal selain membuktikan pada dirinya dan pada dunia akan kebolehannya di dalam tarian ballet.

kaki5

“Inilah apa yang akan dilakukannya sekiranya dia tidak mempunyai penyakit kanser,” kata si ibu. “Dia hanya menjalani hidupnya seolah-olah dia tidak pernah menghidap penyakit itu.

Tiada kata yang boleh menjelaskan trauma psikologi yang terpaksa dilalui gadis ini. Keazaman penari muda ini, kekuatan mindanya, dan keazamannya setelah melalui ujian hidup yang mencabar,wajar dijadikan kisah teladan buat kita semua.

Kisah Gabi mendorong kita semua untuk terus berjuang menghadapi ujian hidup ini di dalam usaha kita semua mencapai kejayaan yang diimpikan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds