Sukar dipercayai jika melihat haiwan-haiwan pandai melukis atau bermain alatan muzik. Tetapi sebuah akuarium di Rusia, berjaya melatih beberapa anjing laut sehingga pandai mengecat dan bermain alatan muzik. Menarik, bukan?

Anjing laut jenis Baikal ini ditempatkan di Baikal Seal Aquarium. Kebolehan mereka dalam melukis dan bermain alatan muzik akan memukau pengunjung yang datang ke pusat akuarium ini.

seal-1

Walaupun terdapat tanggapan negatif daripada beberapa pihak di media sosial, namun sekurang-kurangnya anjing laut ini mempunyai aktiviti yang menarik di akuarium.

Pada sambutan Tahun Baru, dua ekor anjing laut iaitu Winnie-the-Pooh dan Laska menunjukkan kebolehan mereka dalam melukis dan bermain beberapa alatan muzik. Persembahan menakjubkan daripada mereka telah membuat para pengunjung terhibur.

Untuk itu, mari kita lihat aksi anjing laut ini yang menunjukkan kebolehan mereka dalam video di bawah.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds