Kadang-kala apa yang dilihat dengan mata kasar tidak menceritakan kisah tersirat yang sebenar. Penampilan seorang gelandangan yang kusut misalnya, tidak semestinya mencerminkan perwatakan dan peribadi yang buruk.

Video di bawah yang kami kongsikan ini memaparkan tragedi yang menimpa seorang gelandangan yang berhati mulia. Lakonan kisah menyayat hati ini telah tersebar luas dengan jumlah penonton mencecah lebih 80 juta, walaupun klip ini sebenarnya hanyalah video iklan.

touch2

Kisah menyayat hati ini berpaksikan dua watak utama: seorang peniaga kedai buku yang panas baran, dan seorang gelandangan yang gemar tidur di hadapan kedai buku berkenaan.

Bimbang kelibat si gelandangan itu akan membawa imej buruk pada kedai bukunya, peniaga tersebut menggunakan pelbagai cara untuk menghalau lelaki gelandangan itu daripada tidur di hadapan kedainya.

Ini termasuklah menyimbah lelaki gelandangan itu dengan air, menyapu muka gelandangan yang sedang tidur berkenaan dengan penyapu, malah, peniaga itu juga telah menyepak dan menyumpah gelandangan yang malang tersebut.

Hinggalah pada satu hari kelibat lelaki gelandangan itu tidak lagi ditemui di hadapan kedai buku peniaga tersebut. Dan keadaan ini berlarutan sehingga beberapa hari.

Peniaga buku ini mula berasa hairan kerana menghalau si gelandangan ini telah menjadi “rutin” hariannya setiap pagi. Melihatkan riak wajah peniaga buku ini yang kelihatan bingung, jirannya menjelaskan bahawa lelaki gelandangan tersebut “telah lama pergi.”

gelendang

Bingung dengan berita yang disampaikan jirannya itu tadi, peniaga buku tersebut mula menyemak rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di hadapan kedai bukunya.

Melihatkan rakaman kamera litar tertutup tersebut telah membuka mata peniaga buku itu kepada jasa yang telah dilakukan lelaki gelandangan yang dicercanya dahulu.

Sebenarnya, selama ini si gelandangan itu telah menjaga kedai buku itu daripada diconteng, dikotori, dan dimasuki pencuri sehinggakan dia telah ditikam pada suatu malam.

touch3

Tikaman yang dihunus salah seorang pencuri yang cuba memecah masuk kedai buku itu akhirnya telah meragut nyawa si gelandangan ini.

Berkecamuk hati peniaga itu dan dia mula menitiskan air matanya. Alangkah sesalnya di hati apabila mengenangkan kejian dan cercaan yang dilontarkannya dahulu kepada manusia yang melindungi kedai bukunya selama ini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds