Beza luaran dan dalaman rumah bagai langit dan bumi!

Menurut laporan boredpanda, rumah ini direka oleh Mizuishi Architects Atelier. Rumah yang berukuran 594 kaki persegi ini dibina di atas tapak berbentuk segi tiga di antara sungai dengan jalan.

Rumah dua tingkat ini mempunyai sebuah bilik tidur di tingkat bawah, dapur dan ruang tamu di tingkat dua serta sebuah bilik main di tingkat mezanin.

j2

Sementara itu, kesemua dinding rumah ini dicat putih supaya rumah kelihatan lebih luas dan terang.

j3

j4

Jom lihat dalaman rumah melalui gambar-gambar di bawah! Pasti anda akan tertawan.

j5

j6

Menakjubkan, bukan? Terutamanya pada waktu malam apabila cahaya lampu menerangi ruang dalaman rumah, memberikan kontras yang menarik dari luarannya.

j7

Wah, arkitek Jepun sememangnya mahir menggunakan sumber tanah yang terhad dengan hasil yang luar biasa! Tabik!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 09 seconds