Barry White Jr., seorang guru bahasa Inggeris di sekolah Ashley Park PreK-8 di Charlotte, North Carolina, telah memikirkan isyarat jabat tangan khas bagi setiap orang pelajarnya.

“Saya sentiasa berasa bertenaga apabila melakukan rutin gerak-geri jabat tangan ini, dan apabila kami lakukannya bersama, pelajar-pelajar saya juga berasa penuh bersemangat untuk masuk ke kelas,” jelas Barry pada satu temuduga dengan saluran ABC News.

Setiap rutin gerakan jabat tangan adalah berbeza bagi setiap pelajarnya. Ianya dihasilkan mengikut watak dan personaliti setiap seorang daripada mereka.

jebat2

Apabila ditanya bagaimana rutin ini bermula, Barry menjawab, “Ianya bermula dengan satu jabat tangan ringkas dengan seorang pelajar gred 4. Pelajar ini akan menunggu saya setiap pagi sebelum dia masuk ke kelas. Kadang-kala dia berdepan dengan masalah kerana lewat ke kelas gara-gara menunggu saya untuk berjabat tangan.”

“Kemudian saya mula berjabat tangan dengan para pelajar sewaktu masa rehat. Pada mulanya hanya satu atau dua pelajar sahaja. Kemudian ia mula merebak,” tambah White. “Saya lihat ianya begitu bermakna buat mereka, jadi saya katakan, ‘Baiklah, mari semua.’ Kemudian seluruh kelas saya pula berminat. Seterusnya para pelajar dari kelas lain. Kini para pelajar dari gred 3 pula yang mahu ikut serta.”

Menurut Barry lagi, mengingati setiap pergerakan yang dilakukan tidaklah sesukar yang disangka.

jebat3

“Saya lakukannya berkali-kali bersama mereka. Mereka suka datang kepada saya dan mula melakukan rutin gerakan mereka. Saya tahu gerakan mana yang padan dengan pelajar mana,” kata guru yang disanjung ramai ini.

Sebagai seorang peminat tegar pasukan Cleveland Cavalier, Barry mula mendapat inspirasi untuk melakukan rutin jabat tangan khas itu selepas menyaksikan ianya dilakukan pemain bola keranjang kegemarannya, LeBron James.

“Anda boleh lihat betapa rapatnya mereka,” jelas Barry yang merujuk kepada hubungan rapat para pemain pasukan Cleveland Cavalier. “Saya mahu membawa perasaan seperti itu dalam kalangan para pelajar saya.”

jebat4

Semangat dan dorongan yang diberikan Barry kepada para pelajarnya turut disokong bahagian pentadbiran sekolah di mana dia mengajar.

“Satu-satunya cara untuk membantu para pelajar kami untuk mencapai aspirasi tinggi setiap hari ialah dengan membina perhubungan yang baik dan bermakna,” kata pengetua sekolah, Meaghan Loftus.

“Jabat tangan Barry menunjukkan caranya yang tersendiri untuk membina perhubungan seperti itu. Apabila saya berjalan melihat bilik darjah guru-guru di sekolah ini, saya dapat lihat betapa besarnya impak perhubungan yang kuat dan saling mempercayai tersebut.

“Apabila para pelajar tahu bahawa guru-guru mereka benar-benar mengambil berat, mereka akan memberikan perhatian yang lebih baik dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya. Budaya seperti inilah yang ingin kami terapkan di Ashley Park,” tambah Meaghan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds