Daya tarikan wanita boleh dinilai dari pelbagai aspek. Penilaian setiap individu terhadap ‘cantik’ atau ‘menarik’ berbeza.

Laporan laman web Qian Long melaporkan bahawa kita dapat memahami gaya hidup menarik wanita di seluruh dunia melalui penampilan luaran, perilaku, hobi, pemakaian, pemakanan, watak yang dimainkan dalam keluarga dan banyak lagi aspek lain mereka.

Ciri-ciri unik:

1.Wanita England sentiasa tenang, anggun perilakunya, menjaga batasan dan sopan. “Tenang” merupakan keunikan mereka

2.Wanita Perancis berpakaian dan berkelakuan anggun serta mementingkan bahasa dan kesenian sekali gus menonjolkan sifat “menawan”

3.Wanita Jerman tidak menggemari solekan tebal atau perhiasan yang banyak. “Ringkas” atau “semula jadi” menggambarkan mereka secara tepat

5385894418_f901c78700

4.Wanita India pula jujur dan menggemari pakaian serta aksesori yang berwarna-warni dan menonjol. “Glamor” merupakan imej mereka

7386fe86610edcb65e66dc58c37d3c08

5.Wanita Sweden bermata biru, berambut kuning dan bersifat lemah-lembut. Tabiat mereka meminum koko dan susu memberikan mereka penampilan yang cantik dan sihat. “Sihat” merupakan kemegahan mereka

91a67275a19c06ee9c6e05b25b530c6d

6.Wanita Jepun yang bersopan-santun, sentiasa mendengar dengan teliti dan sentiasa senyum mendatangkan rasa selesa kepada orang sekeliling. “Lembut” menjadi keunikan wanita Jepun

80f84d097df31a1dac8199836a09102d

7.Wanita Rusia gagah, bekerja keras, berani dan tidak takut sejuk. Mereka amat “kuat”

2cf61b3ff344c9094dd6db7eb5dd1e91

8.Wanita Amerika suka berpakaian terang namun padanan pemakaian tidak melebihi 3 warna malah solekan juga tidak tebal. “Cantik” merupakan gaya mereka

217d898ba9ad6a63895b2adedb806865

Watak yang dimainkan dalam keluarga:

1.Wanita Irish menjadikan kasih sayang sebagai teras keluarga.

2.Wanita England mementingkan jagaan dan didikan anak-anak.

3.Wanita Rusia berpendapat bahawa kebahagiaan utama isteri ialah selera makan suami yang besar.

4.Wanita Jerman pula bimbang akan soal kemandulan dan berpendapat bahawa beranak merupakan tanggungjawab mereka.

Berbeza benar wanita-wanita di seluruh dunia. Bagaimana dengan anda? Ataupun wanita negara mana yang ‘menawan hati’ anda?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds