Tingkah laku adalah reaksi terbiasa yang wujud di dalam diri seseorang kepada sesuatu situasi atau persekitaran. Ianya sesuatu yang dipelajari dan bergantung juga kepada kepercayaan, nilai dan anggapan yang dipegang. Ianya boleh dilihat pada perwatakan dan sifat seseorang.
Pada video ini kita boleh lihat tingkah laku mulia yang ditunjukkan masyarakat Korea Selatan ini apabila satu insiden kemalangan berlaku yang menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang teruk.
Apabila pemandu-pemandu di dalam terowong ini menyedari akan hal ini, mereka semua mengalihkan kenderaan mereka untuk memberikan laluan kepada petugas-petugas keselamatan untuk merawat mangsa kemalangan.
Melihat mereka semua bekerja sama mengalihkan kenderaan mereka dan untuk melihat tidak ada sebuah kereta pun yang cuba mengambil kesempatan ke atas laluan yang dibuka itu membuatkan kita di sini berasa sangat kagum dengan disiplin yang ditunjukkan.
Kami berharap video yang kami kongsikan ini boleh dijadikan iktibar kepada kita semua.
Tidak kelihatan seorang pun yang naik berang atau yang memikirkan tentang kepentingan diri sendiri di dalam video ini
Disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan pemandu-pemandu Korea Selatan ini harus dicontohi kita semua
Era Baru
Maybe you're interested :
- 10 perbandingan menunjukkan betapa berbezanya dunia kita pada 100 tahun lalu dengan zaman sekarang
- Bekas tahanan etnik Uyghur menceritakan tentang penyeksaan yang berlaku di ‘Kem Pendidikan Semula’ China
- Seekor kucing menjadi tuan besar istana lama Jepun selepas tarikannya berjaya membantu sektor pelancongan