Bila kita sangka kita telah melihat semuanya, muncul pula video ini yang memaparkan cara kreatif untuk mengatasi kerosakan pengelap cermin depan kereta.

Pada video ini, lelaki yang duduk di tempat duduk belakang dilihat menarik tali-tali yang disambungkan kepada setiap satu pengelap cermin kereta tersebut.

manual

Penyelesaian ini berhasil apabila pemandangan pemandu di dalam kereta berkenaan tidak terganggu.

Klip ini juga menunjukkan mengapa anda perlu sentiasa bertiga ketika menaiki kenderaan: seorang pemandu, seorang penarik pengelap cermin dan seorang jurukamera yang merakamkan saat istimewa tersebut.

“Mereka lihat saya bergerak maju, mereka tidak sukakannya,” nyanyi pemandu kereta ini yang memetik lirik lagu “They see me rollin” oleh artis bergelar Chamillionaire.

Mereka kelihatan sangat gembira bersiar-siar bersama.

Saksikan video menarik ini di sini, dan kongsikannya dengan ahli keluarga serta kenalan anda. Siapa tahu, mereka mungkin memerlukannya satu hari nanti?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds