Seorang lelaki berpakaian serba biru seperti watak jin di dalam siri kartun Aladdin dilihat seakan-akan terapung di sebuah kota pada video ini.

Persembahan jalanan menarik ini menampilkan lelaki ini yang terapung-apung dengan “ekornya” tersambung ke sebuah lampu ajaib berwarna emas.

genie3

Sudah tentu ianya bukan jin sebenar dan lelaki ini tidaklah terapung-apung seperti yang di lihat, tetapi persembahan ini tetap mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk-penduduk di bandar ini.

Apabila orang ramai memasukkan wang ke dalam bekas yang disediakan sebagai tanda penghargaan dan sokongan, lelaki ini akan memberikan hadiah kecil sebagai tanda terima kasih.

genie2

Menurut laman web relativelyinteresting.com, ilusi apungan bergantung kepada tiga struktur utama yang terlindung daripada pandangan mata kasar: tempat duduk, batang penyokong, dan plat penyokong.

Kemungkinan kesemua ini dilindungi oleh kain panjang yang di pakai lelaki ini, dan juga pada lampu ajaib yang digunakan.

Atau, siapa tahu, memang lelaki ini benar-benar mempunyai keupayaan untuk terapung dan benar-benar tinggal di dalam lampu ajaib ini?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds