KESIHATAN

Enam senaman ringkas yang akan menambah kesihatan dan lebih penting, boleh kurus!

Enam senaman ringkas yang akan menambah kesihatan dan lebih penting, boleh kurus!

Penjagaan diet perlu diutamakan untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman. Selain itu, diet yang seimbang akan menambahkan kesihatan dan mencegah pelbagai penyakit. Senaman juga diperlukan supaya badan menjadi lebih cergas dan cerdas. Lemak-lemak anda juga boleh dibakar melalui senaman mudah ini. Daripada anda berbelanja membeli pil-pil kesihatan, lebih baik anda mengamalkan senaman yang ringkas di rumah anda sahaja.

1.Pelukan lutut ke dada

exe1

Baringkan diri anda di atas alas yang lembut, kemudian angkat lutut dan peluk ke arah dada. Kekalkan kedudukan ini selama satu minit dan ulangkannya sebanyak tiga kali.

2.Duduk dan pusing ke arah bertentangan

ex2

Senaman ini juga mudah. Anda perlu duduk dengan kedudukan selesa. Kemudian, dengan cara bersilang letakkan kaki kanan ke bahagian kiri. Badan anda juga perlu toleh ke kanan supaya boleh bersilang. Seterusnya, letakkan kaki kiri ke bahagian kanan dan toleh ke kiri. Kekalkan posisi ini untuk seminit dan ulang tiga hingga empat kali.

3.Posisi seperti duduk atas kerusi

ex3

Senaman ini bermanfaat untuk bahagian perut dan punggung. Bahagian belakang badan perlulah ditegakkan dan rendahkan kaki anda seperti kedudukan duduk di atas kerusi. Untuk posisi ini, kekalkan dalam masa seminit dan ulang tiga hingga empat kali.

4.Senaman melutut

ex4

Lutut memainkan peranan utama dalam senaman ini. Cara-caranya ialah, satu kaki perlu di hadapan dan satu kaki di belakang perlu direndahkan. Posisi ini boleh menguatkan otot kaki dan juga perut. Ulangkan langkah ini untuk tiga hingga empat set dalam masa seminit setiap satu set.

5.Kedudukan seperti jambatan

ex5Baringkan diri anda, kemudian angkat bahagian perut sehingga kaki ke atas. Tangan anda perlu diletakkan di bawah dan kekalkan kedudukan ini sambil mengawal pernafasan. Ulang posisi ini sebanyak lima set.

6.Kaki di atas dinding

ex6

Kaedah ini sangat mudah. Anda hanya perlu baring dan letakkan kaki secara tegak di dinding. Tangan anda diletakkan di bawah untuk kekalkan posisi ini selama satu minit.

Senaman ini mudah bukan? Sambil menonton televisyen juga boleh dilakukan. Jimat masa dan wang anda. Ayuh mulakan hari anda dengan senaman yang menyihatkan!

Era Baru

Kategori:KESIHATAN

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...