BISNES, NASIONAL

Datuk Seri Mustafar Ali: Peningkatan permohonan ekspatriat menunjukkan pertumbuhan positif ekonomi negara

Datuk Seri Mustafar Ali: Peningkatan permohonan ekspatriat menunjukkan pertumbuhan positif ekonomi negara

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen telah meluluskan lebih daripada 106 594 pas kerja (EP) dan lawatan profesional (PVP) menerusi Pusat Khidmat Bakat Ekspatriat Malaysia (MYXpats Centre), menurut laporan Bernama.

Warganegara China, India, Jepun, Filipina, dan Indonesia menduduki lima kedudukan teratas di dalam senarai permohonan yang memperlihatkan lebih 67 274 permohonan EP dan 39 320 PVP dikemukakan sejak tahun 2015.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata, pada tahun 2016, 82 peratus daripada permohonan EP yang dikemukakan telah diluluskan berbanding 71 peratus pada tahun sebelumnya.

Dalam lawatan kerjanya ke pusat MYXPats semalam, Datuk Seri Mustafar menjelaskan, “Di sini kita boleh melihat pertambahan peratus ekspatriat dalam permohonan untuk bekerja di sini yang menunjukkan tanda positif setakat ini.

“Dalam tempoh empat tahun (dari 2013 hingga 2016), hasil kita telah meningkat kepada RM3.05 trilion yang akan menjana sektor ekonomi dan negara yang lebih hebat di masa depan.”

Tambah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen itu lagi, hasil keuntungan yang diperoleh negara ini banyak disumbangkan oleh sektor perniagaan, penerbangan, minyak, perkhidmatan pembuatan, gas dan tenaga.

Era Baru

Kategori:BISNES NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...