Ada sebabnya mengapa ianya satu perkara yang baik bahawa kita tidak menetap di Pulau Christmas. Pulau ini menjadi tempat berlakunya fenomena luar biasa yang mungkin tidak menyenangi anda.

Keroncor, umang-umang atau sempada. Istilah-istilah ini semuanya merujuk kepada jenis haiwan yang tidak asing di dalam masyarakat kita: ketam.

Bayangkan anda sedang berjalan di tengah padang hijau, atau berbaring berjemur di persisiran pantai. Tiba-tiba anda menemui bukan satu, dua, atau tiga ekor ketam yang hinggap di badan anda, tetapi beribu-ribu yang mengelilingi anda.

Mungkin ianya tidak mengancam nyawa atau seteruk yang disangka apabila berada di tengah-tengah lautan merah. Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, bukan?

crab3

Setiap tahun pada musim luruh, ketam-ketam di pulau ini akan berhijrah dari kawasan hutan ke kawasan persisiran pantai untuk membiak, dan bertelur bagi ketam-ketam betina.

crab4

Saksikan fenomena luar biasa yang hanya terdapat di Pulau Christmas ini. Mungkin anda juga berminat untuk melawat pulau ini pada musim luruh yang akan datang?

crab2

Ketam padi jerami tinggi,

Ketam pula balik pulau;

Kalau tiada kami di sini,

Siapa pula teman bergurau?

Sumber pantun: Kurik Kundi Merah Saga

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds