Mungkin ramai dalam kalangan kita di Malaysia belum pernah terdengar tentang konsep Olympic Game Farm yang terletak di Washington, Amerika Syarikat.

Menurut laman web rasmi taman perlindungan haiwan tersebut, olygamefarm.com, ianya adalah sebuah tempat dimana pengunjung-pengunjung taman tersebut diberi  peluang mendekati haiwan-haiwan liar pada jarak dekat.

Taman yang telah beroperasi sejak empat dekad yang lalu ini berfungsi sebagai jambatan yang mendekatkan dan merapatkan hubungan diantara manusia dan haiwan-haiwan liar seperti  harimau putih Siberia, beruang gergasi Kodiak, dan kerbau.

buff 1

Pada harga $14, para pengunjung dewasa boleh melihat sendiri, malah mungkin mengalami sendiri, pengalaman menakjubkan yang ditawarkan di sini seperti yang dilalui wanita ini.

buff 2

Pada video ini, saksikan gelagat kerbau ini yang tidak serik-serik meminta disuapkan makanan kepadanya walaupun wanita ini telah kehabisan makanan untuk diberi!

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds