Mengetip kuku anak bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila ianya dilakukan kepada bayi yang berumur hanya beberapa bulan.

Oleh kerana pergerakan (dan kelakuan) mereka pada usia ini sangat sukar dijangka, ramai para ibu bapa yang memilih waktu tidur bayi sebagai waktu yang sesuai untuk memotong kuku anak-anak mereka. Ianya jauh lebih mudah menggunakan strategi ini.

Kita semua boleh memahami perasaan si ayah ini. Tentunya dia sangat risau jika dia terlukakan tangan anak kecilnya itu. Walaupun kita hanya melihatnya, perasaan cemas itu boleh dirasai.

bb1

Apabila si ayah hampir-hampir hendak memotong kuku anaknya itu, bayi ini mengeluarkan suaranya seolah-olah mengacah ayahnya bahawa jarinya terluka.

bb2

Ayah kepada bayi ini yang terkejut kemudiannya tertawa melihat gelagat anaknya itu. Dan kedua-dua si ayah dan anak ketawa bersama, mewujudkan suasana yang menyentuh hati.

Saksikan video menarik dibawah ini yang pasti akan membuatkan anda tersenyum!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds