Seorang bapa, Zulkafly Ahmad menyerahkan rotan kepada pengetua Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, supaya para guru dapat mengawasi disiplin dan kecemerlangan anaknya, menurut Sinar Harian.

Rotan yang diberikan ini merupakan simbolik kepada pihak sekolah untuk mendidik anaknya, Al Khawarizmi Zulkafly Ahmad, 16 tahun.

rotan

Hal ini dilakukan supaya anaknya kekal disiplin dan tidak melanggar peraturan sekolah. Sekiranya melanggar apa-apa peraturan sekolah, pihak sekolah diberi kebebasan untuk merotan anaknya itu.

Menurut Zulkafly Ahmad, “Saya dan isteri sudah amanahkan kepada pengetua untuk merotan anak saya jika dia melanggar peraturan dan tidak menumpukan perhatian dalam kelas.”

Tambah ayah bertanggungjawab ini, beliau rela anaknya dirotan supaya boleh dididik untuk meneruskan kecemerlangannya dalam akademik dan disiplin.

Al Khawarizmi merupakan pelajar cemerlang yang berjaya mendapat 8A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), dan baru sahaja mendaftar tingkatan empat di SM Teknik Bukit Piatu dalam aliran Kejuteraan Awam.

Pengetua sekolah tersebut, En. Karim Turin berbangga dan terharu dengan ‘rotan’ yang diberikan. Menurut beliau, perkara ini merupakan satu penghargaan dan kepercayaan kepada seorang guru untuk mendidik anak-anak pelajar.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds