Jika anda tertanya-tanya “Benarkah itu sebuah layang-layang?”, jawapannya ya!

Layang-layang berasal dari China sekitar 549 Masihi. Kegunaan layang-layang pada zaman itu adalah untuk menghantar pesanan.

Sebenarnya, menerbangkan layang-layang ialah prinsip sains yang mengikut hukum gerakan Newton. Oleh sebab layang-layang lebih berat daripada udara, layang-layang menggunakan tiupan angin untuk menghasilkan daya aerodinamik seret dan angkat.

Pergerakan angin melewati layang-layang menghasilkan daya seret manakala daya angkat merupakan gerakan garis tegak antara layang-layang dengan angin. Interaksi daya ini menentukan sama ada layang-layang terbang dengan baik ataupun tidak.

Stabiliti layang-layang berserta ratio seret dan angkat bergantung kepada panjang tali layang-layang. Semakin banyak tali dilepaskan, semakin besar daya seret yang dihasilkan.

Prinsip ini kekal sama biarpun layang-layang ini begitu kompleks sehingga seolah-olah mustahil dihasilkan apatah lagi diterbangkan – Kaki pengayuh basikal serta ‘piring sepeda’ bergerak apabila diterbangkan.

kite 1

Lihat video ini untuk menyaksikan kehalusan layang-layang yang dibuat, kompleksitinya serta keluarbiasaanya!

kite 2

Kalau tidak tahu ia layang-layang, memang kelihatan seperti ada orang yang mengayuh basikal di langit!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds