Seperti yang diketahui nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dan juga menjadi penggemar buat pelancong-pelancong dari luar negara. Nasi lemak kian datang dengan pelbagai resepi menarik seperti nasi lemak ayam, nasi lemak sotong, dan nasi lemak udang. Namun, seorang gadis telah mencipta satu aiskrim nasi lemak.

ice2

Idea ini telah dicetuskan oleh Melissa Tan Chia Hui, 25 tahun. Beliau merupakan graduan daripada Middlesex University, London.  Beliau sanggup meninggalkan pekerjaan sebagai pereka grafik di Pulau Pinang untuk memberi fokus terhadap bisnesnya, Skream Softserve.

Nasi lemak aiskrim telah menjadi perbualan dan perdebatan hangat di media sosial oleh rakyat Malaysia. Walaupun begitu, beliau berjaya menghasilkan produk ini. Resepi ini bukanlah mudah kerana Melissa telah mencubanya berulang kali selama tiga bulan bagi mendapatkan cita rasa terbaik.

Selain aiskrim berperisa nasi lemak, beliau juga mencipta aiskrim berperisa Kuih Kapit dan Uji Matcha. Dengar namanya sahaja sudah terliur bukan?

ice4

Pada hari pertama, 30 cawan berjaya dijualkan tetapi jumlah ini semakin naik sehingga yang terbaru sebanyak 114 cawan. Setiap satu dijual dengan harga RM10.

Tiada kejayaan tanpa rintangan begitu jugalah dalam dunia perniagaan. Melissa menghadapi pelbagai tohmahan, kritikan dan komen negatif terhadap inovasi produknya. Namun, halangan ini tidak sesekali menghentikan cita-citanya.

“Tujuan saya ialah ingin mencipta sebuah produk yang lazat, menarik perhatian orang untuk menyukainya dan akhirnya mereka akan bersetuju inilah nasi lemak aiskrim,” katanya kepada BERNAMA.

Aiskrim unik ini tidak mempunyai nasi disediakan. Tetapi elemen utama nasi lemak seperti kacang, sambal, telur mata, timun dan ikan bilis merupakan resepi dalam aiskrim nasi lemak. Menurut Melissa, semua bahan-bahan yang diletakkan adalah segar dan bebas daripada bahan kimia dan pengawet. Beberapa daun serai dan susu kelapa turut digunakan dalam sajian istimewa ini.

ice5

Anda sudah terliur? Ayuh cubalah sekarang. Untuk sesiapa yang asyik memberi gambaran negatif, baik cuba dahulu sebelum habis.

Anda semua boleh ke Skream Softserve yang berada di 44, Jalan Penjara Lama, Pekan Cina, Alor Setar, Kedah untuk mencubanya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds