Kerabat Diraja Arab Saudi memang terkenal dengan kekayaan dan kemewahan. Mereka suka membelanjakan wang mereka untuk kereta mewah dan jet peribadi. Tetapi, seorang kerabat ini membelanjakan wangnya untuk satu perkara yang pelik iaitu untuk 80 ekor burung helang.

bird2

Setiap burung bertuah ini mendapat satu kerusi duduk dalam kapal terbang. Jika sebelum ini burung-burung ini perlu terbang untuk ke sesuatu tempat, kini mereka yang diterbangkan. Sudah tentu kita akan berasa pelik melihat satu kapal terbang dipenuhi dengan burung helang. Namun, inilah realitinya.

Menurut satu laporan, gambar ini diambil oleh salah seorang juruterbang dan dihantar kepada kawannya. Walaupun haiwan sering tidak boleh dibawa masuk ke dalam kapal terbang tetapi Etihad Airline telah merangka satu polisi yang membenarkan burung helang untuk naik ke dalam kapal terbang.

Helang juga sangat popular di negara Emiriyah Arab Bersatu. Di Arab Saudi pula, helang dianggap sebagai lambang kemasyhuran dan menunjukkan status yang tinggi. Cuma, satu persoalan timbul. Mengapa sanggup membayar tiket untuk burung-burung ini tetapi tidak untuk pelarian-pelarian Arab yang hidup merempat?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds