Wilayah-wilayah di Maldives adalah antara yang paling jauh bertaburan di dunia. Selain itu, negara ini juga mempunyai kawasan darat dan populasi yang terkecil di Asia.

Bagi 393,500 penduduk negara ini, hasil tangkapan ikan merupakan antara sumber kehidupan utama bagi mereka. Sepuluh peratus daripada keseluruhan rakyat Maldives bergantung kepada hasil tangkapan dari laut.

maldives2

Cara menangkap ikan menggunakan alat galah dan kenur ini menggalakkan perlindungan sumber alam sekitar dan pembangunan sosial yang mampan.

maldives1

Berbeza dengan tangkapan ikan secara pukal, penggunaan galah dan kenur ini tidak menangkap anak-anak ikan, malahan membiarkan mereka membesar dan membiak untuk generasi masa hadapan.

Cara ini juga membolehkan komuniti di pulau ini hidup di dalam lingkungan sumber alam semula jadi yang dianugerahkan kepada mereka.

Saksikan cara menangkap ikan tradisi masyarakat Maldives yang luar biasa ini di sini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds