INSPIRASI, Kebenaran

Setelah anak dan ayah terpisah selama 18 tahun, akhirnya mereka bertemu semula. Tetapi kegembiraan mereka hanya kekal selama 8 hari…

Setelah anak dan ayah terpisah selama 18 tahun, akhirnya mereka bertemu semula. Tetapi kegembiraan mereka hanya kekal selama 8 hari…

Ayah dan anak yang terpisah selama 18 tahun akhirnya bertemu semula di Beijing. Tidak mereka sangka penyatuan semula ini hanya kekal selama lapan hari. Penyatuan semula yang pada mulanya membawa kegembiraan tiba-tiba mengheret mereka semula ke dalam lompang kekecewaan. Bagaimanakah mereka akan mengharungi cabaran baharu ini?

1410191620192192-600x417

Wang Zhi Wen adalah seorang bapa yang luar biasa, manakala Danielle (Wang Xiao Dan) pula seorang anak perempuan yang cekal dan taat.

Dahulunya Zhi Wen bekerja sebagai jurutera landasan kereta api dan cukup terkenal dengan sifat perilaku baik dan sopan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakannya.

Zhi Wen kemudiannya menganuti kepercayaan Falun Dafa, diikuti anak perempuannya Danielle. Dan pada tahun 1998, Danielle berhijrah ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajiannya pada usia 18 tahun, meninggalkan ahli keluarga tersayang.

 

Setahun selepas Danielle berhijrah ke luar negara, Parti Komunis China yang memerintah negara itu telah mengharamkan amalan kepercayaan Falun Dafa dan menindas para penganutnya. Zhi Wen merasakan dirinya bagaikan telah terjunam ke dalam sebuah gaung gelap yang dalam.

Zhi Wen dijadikan seorang tahanan politik China yang ditindas dengan kejam. Pada tahun 1999, dia dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun atas peranannya sebagai penyelaras sukarela bagi pergerakan Falun Gong.

Falun Dafa (atau Falun Gong) adalah amalan kehidupan yang berlandaskan prinsip kesejatian, kebaikan dan kesabaran. Kumpulan ini mengamalkan 5 kaedah senaman Qigong yang berkesan dalam menyembuhkan penyakit serta membantu di dalam peningkatan tahap kesihatan badan dan minda.

Falun Dafa dikenali di negara China sejak tahun 1992 dan kini telah tersebar ke lebih seratus buah negara di seluruh dunia. Ramai yang telah mendapat manfaat daripada amalan senaman tersebut.

Penindasan Parti Komunis ke atas pengamal pergerakan kerohanian ini baru sahaja bermula pada masa tersebut dan hukuman Wang yang berat ini dijadikan satu amaran keras dari pihak kerajaan kepada orang ramai.

Walaupun diseksa dengan kejam, Zhi Wen tetap dengan pendiriannya dan tidak berkompromi dengan pihak Parti Komunis China. Pada tahun 2014, dia dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya.

Biarpun kini tempoh hukuman penjara Zhi Wen telah tamat, dia masih tetap diawasi 24 jam oleh anggota polis berpakaian biasa dan pengintip-pengintip yang ramai.

Kehidupan Danielle selama ini banyak dihabiskan kepada usaha untuk membebaskan ayahnya, Wang Zhi Wen, daripada ditindas kerajaan negara China.

1410241358371160-600x344

Danielle yang kini merupakan warganegara Amerika Syarikat telah terpisah dengan ayahnya selama 18 tahun. Perjalanan untuk membebaskan Zhi Wen penuh dengan penantian dan kekecewaan.

“Selama ini saya ada menyimpan sijil-sijil ijazah tamat pengajian kolej dan universiti serta gambar-gambar yang merakamkan saat penting dalam kehidupan saya. Saya menyimpan semua ini agar saya boleh tunjukkan kesemuanya kepada ayah nanti,” kata Danielle.

1312060147502192-600x400

Pada Disember 2013, Danielle membawa sebatang ranting kayu yang diperhalusi ayahnya di penjara ke sidang perbicaraan Kongres di AS. Selama 15 tahun, hanya ranting kayu ini yang diperolehi Danielle dari ayahnya.

Danielle yang tidak pernah berputus asa untuk membebaskan ayahnya itu telah kembali ke China bersama suamiya, Jeff Nenarella, pada akhir bulan Julai 2016 untuk menjemput Zhi Wen ke Amerika.

Sesampainya di Beijing, mereka menghadapi masalah untuk ke rumah Zhi Wen. Bukanlah kerana Zhi Wen telah berpindah, atau Danielle telah terlupa jalan pulang, tetapi kawalan ketat yang diselia pihak polis telah menyukarkan perjalanan mereka.

pengintip

Salah seorang anggota polis yang ditugaskan untuk mengawasi Wang Zhi Wen.

Untuk sampai ke rumah bapanya, Danielle dan Jeff terpaksa mengharungi jalan sempit yang dilengkapi empat peranti kawalan inframerah yang diawasi pihak polis selama 24 jam berturut-turut.

Selain itu, Zhi Wen juga akan ‘ditemani’ dua orang pegawai polis setiap kali dia keluar dari rumahnya. Telefon bimbitnya juga turut diawasi.

Oleh kerana rumah Zhi Wen dikawal dan diawasi dengan ketat, mereka membuat keputusan untuk bertemu di sebuah taman di Beijing. Danielle dan Jeff tiba 30 minit lebih awal daripada waktu yang dijadualkan.

Di pintu masuk taman berkenaan, mereka terlihat seorang lelaki kurus yang berulang-alik di sana. Sebaik sahaja lelaki itu mula berjalan menuju ke arah mereka, Danielle mengecam lelaki itu ayahnya.

Setelah 18 tahun berlalu, akhirnya anak dan ayah berjaya dipertemukan semula. Zhi Wen kemudiannya menyorokkan telefon bimbitnya di bawah sebuah papan gelongsor di taman tersebut. Dalam perjalanannya ke taman tadi, dia berjaya melarikan diri daripada diekori pengintip-pengintip yang dihantar pihak kerajaan.

Danielle mengenang kembali detik-detik 18 tahun yang lalu semasa ayahnya seorang lelaki gagah dan tampan. Dia kelihatan lebih bertenaga hari ini berbanding keadaannya yang dilihat Danielle di kaca T.V. sewaktu ayahnya itu dipenjarakan.

Ianya bukanlah perkara yang mudah untuk Danielle bertemu ayahnya. Sekiranya dia tidak berhati-hati, Danielle boleh dihantar semula pulang ke Amerika Syarikat. Oleh kerana pengawasan di Beijing sangat ketat, mereka merancang untuk membawa Zhi Wen keluar melalui wilayah Guangzhou.

Langkah seterusnya adalah menaiki pesawat ke Guangzhou di mana Danielle, suaminya Jeff, dan Zhi Wen diekori tiga orang pengintip. Sebelum mereka menaiki teksi untuk ke lapangan terbang, Danielle menjerit memarahi pengintip-pengintip itu tadi, “siapa lagi yang berani mengekori saya!” Ketiga-tiga orang pengintip tersebut tercengang melihat keberanian Danielle.

NY513-1-1-450x338

Danielle Wang dan ayahnya di  Guangzhou, mereka menikmati kebebasan selama sehari.

NY513-1-4-1-600x400

Danielle memesan kopi kegemarannya untuk ayah.

Berkat usaha berterusan Danielle, akhirnya mereka berjaya memperoleh sebuah pasport China dan visa daripada konsular Amerika untuk Zhi Wen.

Namun begitu, pegawai imigresen telah bertindak merampas dan menggunting pasport Zhi Wen di pintu imigresen Guangzhou. Tiada penjelasan lanjut yang diberikan atas tindakan mereka selain pasport Zhi Wen telah dibatalkan.

Keadaan Zhi Wen yang dihalang dari meninggalkan negara China itu telah memaksa Danielle dan suaminya untuk pulang ke Amerika dengan hampa.

1608091149021973-600x400

Danielle Wang dan suaminya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark.

Mengimbas kembali ke tarikh 27 Disember 1999, Danielle berkata “luluh hati saya semasa melihat ayah di mahkamah dan air mata saya tidak henti-henti mengalir. Saya melutut di hadapan kaca televisyen. Setiap kali ayah muncul, saya akan menyentuh mukanya sambil memanggil, ‘Ayah… Ayah…’”

Atas dorongan kawan-kawannya, Danielle mula menyebarkan kisah ketidakadilan yang dilaluinya dalam usaha untuk membebaskan ayahnya itu.

Danielle turut meminta bantuan kerajaan tempatan, bandar dan komuniti pada setiap minggu dengan ditemani kawan-kawannya.

Setiap minggu, Danielle akan mengunjungi setiap satu daripada 183 pejabat Dewan Undangan Negeri di situ tanpa gagal.

Petisyen untuk membebaskan ayahnya juga telah disebarkan ke luar negara bahkan ke peringkat antarabangsa. Daniella juga turut berucap di kongres Amerika dan pentas UN yang mempunyai kuasa pengaruh yang tinggi.

Walaupun misinya kali ini tidak berjaya, Danielle berkata bahawa dia tidak akan berputus asa. “Pengalaman ini telah membuatkan saya lebih bertekad untuk menyebarkan kisah ayah saya ke serata dunia, kepada kerajaan-kerajaan dan institusi-institusi media sehinggalah dia dibebaskan,” katanya.

WangXiaoDan-600x400

Danielle Wang telah memulakan sebuah petisyen di http://freemydad.org/ untuk memberikan tekanan kepada kerajaan China untuk membebaskan ayahnya.

Tandatangani petisyen ini untuk menyatakan sokongan anda kepada perjuangan Danielle untuk membebaskan dan menegakkan keadilan bagi pihak ayahnya.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Kebenaran

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...