Diyakinkan 100% oleh dalaman rumah ini!

Harga hartanah yang kian melonjak dengan peningkatan populasi negara merupakan pengetahuan umum. Ramai yang hanya boleh mimpikan rumah impian mereka namun tidak mampu memilikinya.

Lihat cara negara asing menyelesaikan masalah ini – kini, “rumah mini” menjadi trend terbaru di luar negara. Dengan hanya membelanjakan wang yang sedikit untuk membeli tanah, industri perumahan akan membinakan anda “Arched Cabins” (Kabin Melengkung) justeru memakbulkan impian anda untuk memiliki rumah!

Kabin melengkung ini mudah dibina, dengan 17 jenis rekaan rumah yang berbeza. Kabin yang paling kecil berukuran 6 meter persegi manakala yang paling besar 90 meter persegi.

Ada yang membinanya sebagai gudang dan ada yang menjadikannya rumah pokok. Tidak kira sama ada anda ingin menjadikannya rumah percutian ataupun sauna, kabin ini dibina mengikut cita rasa pelanggan.

Kabin ini boleh menjadi rumah yang selesa dan cantik dengan hiasan dalaman yang bersesuaian.

Harga kabin melengkung yang paling kecil hanyalah sekitar AS$1000 (RM4, 430). Begitu murah sekali!

Oleh sebab bahagian dalaman kabin dibina dengan bahan penebat, hidup di dalam kabin amat selesa tanpa mengira musim, sama ada musim sejuk atau panas.

Selepas lokasi kabin ditetapkan, pekerja akan mengangkut bahan binaan ke lokasi tersebut dan memulakan pembinaan.

Kabin yang paling rumit mengambil masa 4 hari untuk disiapkan manakala yang paling mudah siap dalam masa 1 hari sahaja.

Rumah ini dijamin selama 40 tahun justeru segala masalah yang timbul selepas pembinaan akan diselesaikan tanpa bayaran.

Memiliki dan tinggal di dalam rumah berbentuk kabin melengkung ini nampak menarik. Jika tidak mampu memiliki rumah mewah sendiri, kabin melengkung pun jadilah.

Bilalah agaknya konsep ini sampai ke Malaysia ya?

Era Baru

Sumber foto: bomb01.com

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds