Sememangya ajal maut merupakan rahsia Tuhan. Belum pun lahir, seorang bayi disahkan menghidapi pelbagai penyakit. Bakal ibu tersebut, Autumn ternyata sedih namun akur dengan kehendak takdir selepas doktor juga mengesahkan bayi itu akan hidup selama dua jam sahaja selepas dilahirkan. Namun, sebuah keajaiban berlaku berlaku apabila bayi bertuah ini hidup dan sihat seperti bayi yang normal.

Pada awalnya, doktor menasihatkan Autumn untuk menggugurkan bayi ini selepas beberapa bulan mengandung. Hal ini demikian, doktor mendapati bayi ini mempunyai beberapa kompilasi seperti cecair dalam otaknya, saiz hati yang besar, dan buah pinggang tidak berfungsi dengan baik. Menurut doktor, bayi ini tidak akan hidup lama melainkan dua jam sahaja selepas dilahirkan.

Baru-baru ini, Autumn telah kehilangan orang yang tersayang iaitu ibu kandungnya. Dia tidak mahu kehilangan seorang lagi insan tersayang dalam hidupnya. Oleh itu, amat berat untuk melepaskan bayi ini pergi.

“Perkara ini diketahui selepas beberapa hari kematian ibu saya,” kata Autumn kepada WQAD. “ Oleh itu, saya dan ayah saya bercadang untuk membeli dua bahagian kubur supaya anak saya boleh bersebelahan dengan kubur ibu saya nanti. Walaupun doktor mencadangkan untuk menggugurkan kandungan ini, namun itu bukan pilihan saya,” kata bakal ibu ini.

Pelbagai perasaan melanda dalam dirinya. Tetapi hati Autumn tidak berubah fikiran dan akan terus menjaga bayi ini sehingga dilahirkan. Dia juga telah memberi bayi ini nama iaitu Fiona. Sehinggalah tiba masa untuk dilahirkan, Fiona dilahirkan dengan sebuah tangisan. Ternyata, pandangan doktornya salah.

“Apabila mula memegangnya, saya berharap sangkaan mereka salah. Hati saya berasa sangat takut. Namun apabila mendengar tangisan pertama, saya tahu satu perkara. Saya sedar bayi ini dalam keadaan OK,” tambah Autumn.

bayi2

Ternyata perasaan Autumn juga lega dan gembira lebih-lebih lagi apabila dia mengikut kata hatinya. Walaupun Fiona lahir dengan sista atau cyst di bahagian otaknya, namun Fiona tetap lahir dan sihat merupakan satu keajaiban.

Menurut Autumn, bayi ini memang bayi yang ajaib. Bermula dengan persediaan untuk kematiannya, tetapi Fiona lahir dengan sihat dan boleh dibawa pulang ke rumah.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds