Memperkenalkan Gibbs Biski, sebuah motosikal amfibia seberat 500 lb keluaran syarikat Gibbs Technologies.

Tidak cukup dengan pengeluaran kereta dan trak yang boleh menyelusuri permukaan darat dan air, syarikat Gibbs kini mengeluarkan sebuah motor yang mempunyai ciri istimewa yang terdapat pada kenderaan-kenderaan lain yang dikeluarkan syarikat ini.

scooter4

Di darat, motosikal Gibbs Biski ini boleh bergerak laju melepasi 120 km/j, manakala di permukaan air pula, motosikal ini boleh meluncur sehingga 60 km/j.

Buat masa ini, harga motosikal luar biasa ini belum ditentukan, tetapi anda boleh menjangka ianya akan berlipat kali ganda lebih mahal daripada motor sport bike yang diidam-idamkan mat motor di seluruh negara ini.

Saksikan kebolehan motosikal canggih ini di sini!

Di darat, motosikal Gibbs Biski ini boleh bergerak laju melepasi 120 km/j

scooter3

Di permukaan air motosikal ini boleh meluncur sehingga 60 km/j

scooter5

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds