Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, istilah etos membawa maksud “sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dll.” Setiap negara mempunyai ciri-ciri mereka tersendiri. Pada rencana ini, kami kumpulkan 10 perkara yang sangat sinonim dengan masyarakat kita di sini.

Nasi Lemak sebagai sarapan

nasi lemak3

Pertama sekali, kita semua tahu bagaimana sukarnya kehidupan tanpa makanan yang digemari ramai ini. Bagaimana boleh seorang rakyat Malaysia mengatakan “tidak” kepada nasi lemak?

Cili

chili-012

Penggunaan cili sangat meluas didalam makanan atau masakan di Malaysia: sambal cili, sambal belacan, pes cili, cili kering, cili giling, sos cili, dll. Walaupun ramai juga yang menghadapi masalah kesihatan akibat makan makanan yang terlalu pedas, ianya sangat sukar untuk meninggalkan bahan masakan ini.

Menggunakan imbuhan akhiran “lah.”

mal3

Sama ada bertutur di dalam bahasa Malaysia atau Inggeris, penggunaan imbuhan ini sangat meluas sehinggakan kamus Oxford (Oxford English Dictionary, OED) mendaftarkannya sebagai ungkapan rasmi bahasa Inggeris pada bulan Mac 2007.

Restoran Mamak

ilmamak

Sama ada pada waktu pagi, petang, atau malam, cuaca panas terik atau hujan lebat, restoran mamak sering dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia. Walaupun mereka menyediakan menu yang sama antara satu restoran mamak dengan restoran yang lain, kita tidak pernah jemu untuk berkunjung ke tempat makan ini. Hairan, bukan?

Kereta Myvi

kereta

Bila-bila anda berpeluang, perhatikan berapa banyak kereta model ini menyelusuri jalan raya di Malaysia. Atau mungkin anda boleh mengira model kereta ini di mana-mana tempat meletak kereta di seluruh negara. Atau membuat kiraan sewaktu jalan raya penuh sesak.

Menggunakan istilah “tak ajak”

mal5

Istilah ini digunakan apabila kita bergurau dengan rakan-rakan kita. Apabila kita mendapat tahu mereka bercuti atau melakukan aktiviti yang seronok, kita akan menggunakan istilah ini untuk menunjukkan “kekecewaan” kita (mungkin juga dengan harapan kita akan diajak pada masa hadapan!)

“Waktu Malaysia”

mal8

Entah mengapa atau bagaimana, jam rakyat Malaysia sentiasa 30 minit atau sejam terkebelakang. Apabila rakyat Malaysia membuat janji temu pada satu-satu masa, kita semua tahu kita perlu menambah setengah atau sejam lagi.

Telefon pintar, media sosial, dan Internet

mal9

Rakyat Malaysia sangat gemar berkongsi, lebih-lebih lagi tentang aktiviti kehidupan harian mereka. Tema yang paling digemari adalah makanan. Sering kita lihat ramai yang mengambil gambar makanan mereka untuk dikongsikan dengan rakan taulan dan ahli keluarga. Bak kata bidalan Inggeris, “sharing is caring.”

Meminta diskaun atau barangan percuma

mal10

Sebagai “pengguna bijak,” ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang bermati-matian dan sanggup merantau jauh apabila terdengar akan berita harga runtuh di mana-mana pusat membeli belah seluruh negara. Dan bukanlah sesuatu yang jarang dilihat pembeli akan meminta barangan percuma semasa mereka membeli belah.

Kereta

close up of a young female driver

Sangat sukar untuk ke mana-mana sekiranya anda hanya bergantung kepada perkhidmatan kenderaan awam. Benar, ramai yang berpusu-pusu masuk ke dalam perkhidmatan LRT, MRT, KTM, bas, dan lain-lain. Tetapi untuk ke stesen-stesen kenderaan awam ini anda memerlukan kenderaan sendiri.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds