Penjara yang ditinggalkan ini dibina pada zaman pemerintahan Soviet. Penjara ini dibina di atas sebuah kuari dan para banduan dikerahkan untuk bekerja disini. Jika dahulunya sebuah kawasan yang tidak pernah diendahkan tetapi kini menjadi tumpuan orang ramai.

Kawasan peninggalan penjara ini dibina di Estonia pada awal tahun 1990-an. Ternyata, keindahan alam semulajadi telah mengubah landskap kawasan kuari ini kepada sebuah pulau ais. Selepas bangunan ini dibiarkan, sistem perpaipan air berhenti, namun air keluar perlahan-lahan meliputi kawasan bawah penjara dan menghasilkan sebuah tasik.

prison1

Disebabkan kawasan yang amat sejuk, tasik ini membeku seolah-olah membentuk sebuah kristal. Ais di kawasan ini sangat nipis iaitu 25cm sahaja. Tetapi, hal ini tidak menghalang para jurufoto untuk mengambil gambar kawasan yang indah ini.

prison 2

Bagi sesiapa yang pernah sampai ke kawasan ini mereka mengatakan, para pengunjung boleh melihat air yang jernih dan pelbagai hidupan lain di bawah kaki sahaja. Ketika musim panas, kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai untuk aktiviti skuba, luncur ais dan pelbagai aktiviti air yang lain.

prison 3

Mari lihat video keindahan pulau ais ini. Seronok kalau boleh membawa kawan-kawan dan ahli keluarga bercuti di sini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds