KEMAMAN- Kuih bakul yang lebih dikenali sebagai “nian gao” dalam kalangan masyarakat Cina merupakan sejenis kuih beras pulut yang dimakan semasa Tahun Baru Cina. Namun begitu, mesti tidak ramai yang menyangka bahawa seorang gadis Melayu mampu menghasilkannya.

Haziqah Nurul Huda Harun atau “Yaya” yang berumur 20 tahun mencuba nasib dalam industri pembuatan kuih bakul selepas mempelajari teknik-tekniknya daripada seorang kawan Facebooknya dari Beijing.

Usaha Haziqah bukan sahaja disanjung kerana hasil air tangannya tetapi juga kerana dia telah membuktikan bahawa nasib seseorang tidak ditentukan oleh kelainanupayaan tetapi melalui usaha keras.

Haziqah yang lumpuh selepas mengalami demam panas 4 tahun lalu berkata bahawa dia mula membuat kuih bakul untuk suka-suka sahaja tetapi apabila kawan-kawannya mula menempah, dia tidak sampai hati menolak.

Perniagaan Haziqah bermula dengan modal sebanyak RM 300 beserta pinjaman daripada ayahnya.

Kini, dia bukan sahaja menerima tempahan individu tetapi juda dari syarikat-syarikat besar. Menurut laporan Bernama, setiap bulan, Haziqah menerima tempahan 2, 000 biji kuih bakul yang berganda semasa Tahun Baru Cina.

Kuih bakul yang diperbuat daripada tepung pulut, gula dan air ini memakan masa 3 hari untuk dihasilkan.

“Proses menyediakan adunan 70 kg memakan masa 4 jam sebelum adunan dituang ke dalam acuan dan dikukus selama 12 hingga 15 jam. Kemudiannya kuih bakul dibiarkan dan disejukkan untuk sehari sebelum dibungkus,” kata Haziqah.

kuihbakul 1

Kuih bakul Haziqah dijual pada harga RM 8 hingga RM 15 sebiji dalam 2 perisa – asli dan perisa durian.

Haziqah turut berkata “Selain kuih bakul, Yaya turut menjual kuih bulan yang menawarkan 29 perisa dengan harga RM 6 hingga RM 14 mengikut saiz”.

kuihbakul 2

“Lepas ni, Insya-Allah Yaya nak kembangkan lagi bisnes dan Yaya berhasrat untuk buka bengkel serta menggaji pekerja.”

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds