Aktiviti penanaman pokok perlu digiatkan dan diaktifkan untuk mewujudkan pembangunan masyarakat yang positif dan mapan. Kelestarian tumbuh-tumbuhan di sekeliling kita memainkan peranan penting di dalam menjaga kepentingan bumi ini dan penduduknya.

Kita semua tahu betapa pentingya peranan pokok-pokok di sekeliling kita. Ianya menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Kita semua juga serba maklum betapa pentingnya gas ini buat kehidupan kita.

Menurut beberapa kajian psikologi pula, didapati kanak-kanak boleh memberi perhatian yang lebih, menyelesaikan apa-apa tugasan, dan mudah mengikut arahan jika dibesarkan melalui persekitaran semula jadi. Pokok akan mewujudkan udara yang bersih dan persekitaran yang sihat untuk semua kehidupan.

Sebatang pokok memberi seribu makna kepada kehidupan, sebatang pokok yang ditebang juga memberi seribu kemusnahan kepada kehidupan.

tree

Dalam video ini, lelaki ini perlu dipuji atas semangat yang ditonjolkan untuk menggalakkan aktiviti penanaman pokok. Lelaki ini tampil dengan kostum sebatang pokok bagi menunjukkan kepentingan menjaga alam sekitar dan memelihara pokok. Mungkin dia layak untuk diundi sebagai duta alam sekitar.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds