Apabila kereta dibawa pada kelajuan 70 km/j, tentunya impak pelanggarannya boleh menyebabkan kematian pada objek hidup yang dilanggarnya, bukan? Anehnya, seekor ayam yang dilanggar kereta ini bukan sahaja masih bernyawa, ianya tidak tercedera sedikit pun.

Itulah pengalaman yang dilalui Huang Liong apabila Toyota Corolla yang dipandunya tidak sempat mengelak dan telah terlanggar seekor ayam yang tersesat ke sebatang jalan raya.

Lelaki berumur 31 tahun itu menyangka dia akan membawa pulang seekor ayam untuk dimasak, tetapi dia mula terkejut apabila mendengar kokokan ayam berkenaan tidak lama selepas perlanggaran itu.

Lebih malang lagi buat Huang, keretanya pula yang kemik di bahagian depan.

“Saya ingat ayam itu sudah mati, tetapi selepas itu saya terdengar bunyi ayam berkokok,” kata Huang. Tambahnya lagi, terdapat juga bunyi hentakan yang agak kuat sewaktu pelanggaran itu berlaku.

chicken.28.620x413

Ayam itu amat bertuah kerana bahagian depan kereta itu bukan produk yang asli dan berharga murah. Mungkin disebabkan itu, hentakan yang terkena padanya tidak terlalu kuat.

“Saya memberhentikan kereta kerana saya seorang pencinta haiwan dan tidak mahu mencederakan ayam tersebut,” katanya lagi.

Ayam itu masih berkokok walaupun terperosok ke dalam lubang.

Kejadian itu memberikan pengajaran kepada Huang untuk lebih berhati-hati ketika memandu.

chicken.31.620x930

Daripada insiden ini juga Huang menyedari ayam itu mempunyai ketahanan dan kekuatan yang lebih tinggi daripada kereta yang dipandunya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds