Pada zaman ini, ramai warga emas menghabiskan sisa hidup di rumah jagaan orang tua. Namun begitu, adakah semua rumah jagaan orang tua melayani penghuninya dengan baik?

Di sebuah rumah jagaan orang tua yang terkenal di Texas, Amerika Syarikat, layanan jururawat yang tidak berperikemanusian terhadap penghuni-penghuninya terbongkar jua.

Minnie Graham, seorang nenek moyang yang disayangi keluarganya tetapi menghidap demensia dihantar ke rumah jagaan orang tua supaya keselamatannya terjamin pada setiap masa.

Pada suatu hari, Graham mengadu kepada cucu-cunyanya bahawa dia diperlakukan dengan kejam oleh seorang jururawat perempuan. Cucu-cucunya begitu terperanjat namun kesan lebam ditemukan pada badan Graham.

Apabila pihak rumah jagaan dipersoal, mereka menafikan dakwaan tersebut dan berkata bahawa kesan lebam pada badan Graham adalah kerana dia sering jatuh dari kerusi rodanya.

Ahli keluarga Graham berasa curiga dan akhirnya memasang kamera litar tertutup di bilik Graham.

bda6d2d16c8ef4d26eff7edddf3e3271

Senario yang dirakam membangkitkan kemarahan ahli keluarga Graham.

Jururawat perempuan yang menjaga Graham memperlakukan tubuh Graham dengan begitu kasar sehingga Graham menjerit kesakitan. Apabila Graham cuba meminta tolong atau melawan, jururawat tersebut akan menampar atau memukulnya.

654082b456e76b0181f6cc8959824c0c

Jururawat yang kejam ini bukan sahaja bertindak kasar tetapi juga sering memaki hamun Graham sehingga Graham menangis.

6780f92bc691ff2abe22bfd646f9b4b7

Penderitaan Graham tidak berakhir di sini. Seorang jururawat lelaki turut mendera Graham dengan menolaknya atau mencubitnya sehingga Graham menjerit kesakitan.

2d954f4a990b50077b0d51153b56248a

Graham pula meninggal dunia tidak lama selepas kebenaran terbongkar. Ahli keluarganya berasa amat bersalah kerana insiden ini telah menyebabkan Graham hilang azam hidup lalu berputus asa.

Walaupun mereka yang bersalah telah diberhentikan kerja, namun tiada tindakan undang-undang yang diambil bahkan ada yang mendapat kerja baharu di rumah jagaan lain. Di manakah keadilan?

Tonton video di bawah untuk melihat liputan berita kes ini.

(Amaran: video ini mengandungi rakaman yang kurang menyenangkan)

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds