Adakah anda sukar untuk tidur diwaktu malam? Sekiranya ya, mungkin udara dibilik tidur anda perlu diubah. Disini kami senaraikan beberapa jenis tumbuhan yang boleh meningkatkan kualiti udara dibilik tidur atau dirumah anda. Tumbuh-tumbuhan ini boleh membantu anda tidur dengan lebih lena.

1. Lidah Buaya

aloe

Tumbuhan ini membebaskan oksigen pada waktu malam, seterusnya membantu meningkatkan kualiti tidur anda. Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menyenaraikan tumbuhan ini sebagai salah satu tumbuhan yang dapat memperbaiki kualiti udara didalam rumah atau pejabat.

Tumbuhan ini juga tidak memerlukan penjagaan yang rapi, cuma anda perlu tahu bahawa ianya tidak boleh terdedah kepada siraman air atau sinaran matahari yang terlalu banyak.

2. Bunga Lavender

bunch of lavender flowers isolated on white

Bauan harum daripada bunga ini berupaya memperlahankan denyutan jantung dan sekaligus membuatkan anda berasa lebih tenang. Apabila anda sedang tidur, haruman bunga ini juga boleh membantu anda tidur dengan lebih nyenyak. Selain itu, tumbuhan ini juga dikatakan berupaya menenangkan bayi yang kuat menangis diwaktu malam.

3. Bunga Melur

b0b869502649df8cb6417a82add7904e

Seperti bunga lavender, bunga melur juga mengeluarkan haruman yang boleh meningkatkan kualiti tidur anda. Tambahan lagi, haruman yang dikeluarkan bunga ini juga dikatakan boleh memperbaiki ketajaman fikiran anda selain merehatkan badan dan minda.

4. Tumbuhan Ivy

1727f7d34540854842b5ec096adbfe7b

Juga terdapat didalam senarai NASA adalah pokok Ivy yang boleh dijadikan tumbuhan pembersih udara yang sengat berkesan. Berdasarkan kajian, ianya boleh mengurangkan lebih kurang 94% udara kotor disesebuah kawasan tertutup dalam masa 12 jam. Ianya sesuai digunakan penghidap asma atau mereka yang mempunyai masalah pernafasan.

5. Sansevieria (Lidah Mertua) 

80a546b44dbfeeefcc8a5767c98740e4

Jangan risau tentang nama tumbuhan ini, ianya tidak akan melenting atau memarahi anda. Malah, ianya sangat mudah dijaga dan melepaskan oksigen pada waktu malam selain menyerap karbon dioksida dan menapis udara.

Selain daripada itu, tumbuhan-tumbuhan lain seperti pokok dragon blood tree dan pokok cempaka juga mempunyai manfaat yang sama dengan tumbuh-tumbuhan diatas.

Mungkin anda boleh cuba meletakkan salah satu diantara tumbuh-tumbuhan ini didalam bilik atau rumah anda dan lihat perbezaannya. Selamat mencuba!

Era Baru

Sumber Foto: Pinterest

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds