Pasar Minggu Chatuchak adalah antara kawasan pasar minggu yang terbesar di Thailand. Pasar minggu berkeluasan 35 ekar di bandaraya Bangkok ini merangkumi lebih 5 000 gerai yang didirikan, antaranya gerai Teh Tarik ini.

Kemahiran pergerakan yang halus seperti ahli sukan gimnas ini telah menarik perhatian ramai. Ianya kelihatan mudah tetapi untuk menarik teh seperti itu tentunya mengambil masa latihan sehingga berjam-jam.

Dengan meningkatnya harga makanan dan minuman di restoran sejak kebelakangan ini, sudah jarang kita lihat pembancuh teh melakukan aksi ini lagi.

Saksikan video ini yang mungkin boleh menggamit kenangan lama di mana aksi ini sering dilihat di restoran-restoran di seluruh negara.

Tidak cukup dengan kemahiran menarik teh yang bergaya, lelaki bersongkok ini melakukannya sambil memusingkan badannya

teh2

Teh yang ditarik menghasilkan buih pada permukaan air itu yang menambah keenakan minuman ini, terliur pula rasanya!

the5

Foto: Malaysiancousine4.blogspot.my

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds